3 comments

Aku dan memori Zulaiqha

Entah kenapa selepas aku membaca isi kandungan blog Memori Zulaiqha perasaan aku sebak dan sedih sangat. Hampir dua jam aku berada di blog itu. Aku baca satu persatu kisahnya dan ada lagi yang masih belum sempat aku baca.

Aku tidak dapat membayangkan apa keadaan diri aku jika perkara seumpama itu terjadi padaku. Minta dijauhkanlah semua ini dari hidup aku. Semasa membaca kisah Zulaikha itu aku terbayangkan Hadif. Tidak pernah dalam satu haripun aku tidak melihat wajah comelnya itu. 8 jam tidak jumpa pun aku dah rindu. Inikan pula jika terpisah buat selamanya.

Aku mendoakan agar ibubapa Zulaikha mendapat keadilan yang sepatutnya dan yang salah akan dapat pembalasan yang sewajarnya.

Al-Fatihah buat arwah Zulaiqha. Semoga rohnya dicucuri RAHMAT.

2 comments

Hadif yang terkini #17









Gambar-gambar Hadif yang diambil pada 19 Jan 09 di hadapan Uptown 3 di Damansara Uptown.

0 comments

Kita di ketika ini

di ketika ini...
kita tidak lagi bersama
dalam melusuri jejak langkah
menuju lorong-lorong waktu

di ketika ini juga...
tiada lagi irama kerinduan
dan juga semaian kasih
di halaman hati kita ini
yang dulunya berseri-seri

kerana...
di ketika waktu dahulu
kau telah nekad
untuk tetap tinggalkan aku
untuk mencari mimpi sendiri-sendiri

dan dengan perlahan
sauh kau angkat
meninggalkan aku sendirian
di dermaga cinta kita...

1 comments

Hadif yang tercedera

malam tadi aku bermain-mainla dengan hadif.. main polis tembak2.. seperti biasalah aku jadi org jahat yang asyik kena tembak je.. kalau kena tembak tak jatuh polis tu majuk.. yang aku nak cerita ni bukan hadif tercedera sebab kena tembak dengan 'penjahat' nih.. ni cedera lain.. hadif polis yg cekap..mana nak kena tembak kan? hahaha

penat je aku sbb asyik kena jatuh terbaring je.. bila terbaring lak xleh baring lama2..kena bangun lak..kalau tak polis tu marah.. pastu aku dah xde mood nak main, aku pi la masuk bilik kejap..pi toilet.. tinggallah polis tu kat luar dgn ibu dia.. dia asyik panggil aku je..

tak sampai seminit aku masuk tiba2 aku dengar bunyi kuat.. pastu dengarla hadif menangis.. rupa-rupanya basikal dia terbalik ke belakang.. belakang kepala dia terhantuk la ke lantai tuh.. berdarah skit.. cepat2 ibu dia ambik n tuam kat tempat luka tuh.. nampak cam luka luar je.. tp hadif seperti biasa le.. nangis kejap je.. dia duk asyik peluk je aku.. yg aku sedih dengar bila dia cakap "sakit ar ayah..." sambil teresak-esak.. berkali-kali lak tuh.. sampai sekarang terngiang2 lagi kata2 hadif tu..

lepas tu hadif dah ok..tgk dia pun aktif cam biasa je.. kejadian tu buat aku menyesal sbb malas nak layan dia main polis2 tu td..yela, penat gak berdiri pastu baring berkali2.. untuk memujuk dia aku layan la dia main lukis2.. hadif ni suka aku lukis kemudian dia teka apa yg aku lukis tu.. aku selalu lukis benda2 yang senang n dia dah kenal le.. dulu aku lukis kat buku.. skang aku dah beli whiteboard untuk dia.. seronok bukan main hadif...

dekat kul 12 adif ajak masuk tidur tp dia suh aku bwk whiteboard tu sekali..hehe.. kalau aku bwk masuk sure takleh tidur la aku..kena lukis2 lg le.. aku ckp xyah le hadif..kita tido je.. hehe..kejap je dia baring terus lelap sambil peluk tangan aku.. skang ni dia suka tidur dgn peluk tgn aku..

bangun pagi td aku tgk lg luka hadif tu..nmpak mmg luka luar je.. dia pun ok je, takde sebarang perubahan.. dulu hadif jatuh aku terus bawak pi klinik rasanya.. tp xde pape..doktor pun ckp kalau dia tak muntah..makan n minum mcm biasa kita takyah risau le.. cuma skang aku rasa sedih je sbb xlayan dia main smlm.. asyik teringat kat hadif je..

oklah..byk lak aku cite.. sampai sini je lah..

0 comments

Sketsa Hadif #4

Situasi : Dalam kereta dihadapan rumah pengasuh Hadif.

Selepas ayah hadif membuka buckle car seat Hadif, dia terus sedar dari tidur dan pandang kiri kanan. Hadif terus menangis teresak-esak bila dia sudah dapat cam dantahu dimana dia berada.

"Ayah..nanak duk umah mak" ujar Hadif sambil matanya mula merembeskan manik-manik jernih. Teresak-esak Hadif. Aku pun ambil dia dari tempat duduknya. Hadif terus memeluk erat badan aku dengan esak tangisnya yang masih berlum terhenti itu. Aku pun mengusap-usap kepalanya.

"Hadif kena duk umah mak... Nanti petang ayah datang ambik la..." aku cuba memujuk Hadif.

"Nanak..." jawab Hadif.

"Hadif...mari sini, nanti petang ayah bawah pegi jalan-jalan... Nak tak?" Ibunya pula memujuk.

"Nanak..."

Ibu Hadif pun masuk kembali ke dalam kereta.

"Camne ni bang...Hari-hari asyik nangis je dia... Dah dua tahun pun hari-hari macam baru first time je kena tinggal umak Kak Piah tu" kata ibu Hadif.

"Awak ambik je la Hadif ni... Kalau ikut dia tak kerja lah kita," jawab ayah Hadif pula.

Ibu hadif pun terus mengambil Hadif dari pangkuan ayahnya. Hadif terus menangis. Lebih kuat dari tadi. Tadi cuma menangis teresak-esak sahaja.

Sedih melihatkan keadaan Hadif itu. Tidak tahulah kenapa setiap hari Hadif asyik menangis tatkala ingin dihantar ke rumah pengasuhnya. Tetapi berlainan pula sewaktu ayahnya ingin menjemputnya pada sebelah petang. Kadang-kadang Hadif tidak mahu balik. Puas memujuk barulah dia ingin ikut balik.

3 comments

Aku dan Cuti Tahunan

Pagi tadi aku dapat satu memo dari HR aku.. pasal cuti tahunan.. ada ke patut separuh dari cuti kita perlu dihabiskan sebelum 30 Jun & separuh lagi sblm 31 Dec.. gilo ke.. kalau cuti 16 hari maknanya 8 hari perlu dihabiskan sblm Julai.. kalau tak habis kira burn la.. aku cakap la aku tak setuju.. mana leh camtu.. aku bgtau la reason2nya.. antaranya;

1. Raya selalunya selepas stgh tahun yg pertama..so ramai staff Muslim akan habiskan cuti kat situ.

2. Aku ckp aku selalu ambik cuti sbb anak aku..sakit ke..baby sitter ada hal ke.. so benda2 camni kita tak tahu bila kan? Takkan aku nak pesan kat anak aku supaya kalau nak demam kena demam separuh masa stgh tahun pertama..separuh lagi demam pada stgh tahun kedua..leh ke gitu?

3. pastu aku cakap tak pernah dibuat org lagi camni.. nak cipta sejarah ke?

4. Undang2 buruh pun xde benda2 camni..

cam panas hati gak aku masa cakap ngan HR aku td.. asyik2 ckp HR Manager yg suruh.. bini boss le tu.. pastu dia ckp nak tgk feedback dari org len plak..hurmmm...

tadi HR tu dtg kat aku bgtau benda ni dia akan bincangkan balik.. mebi sbb ramai yg tak suka la tu..hehe.. ada ke patut wat polisi camtu.. polisi baru konon..hehe..

0 comments

Aku dan layout baru

entah kenapa hari ni aku rasa nak tukar layout je.. cari punya cari akhirnya aku jumpa yang ni..nampak ceria je.. aku ubah skit2 ikut kehendak aku..dan inilah hasilnya.. nampak ok gak kan? hehe..perasan je

mulanya aku nak cari layout yg backgroundnya putih yang nmpak cam formal & skema je macam blog Dr.M kita tuh... tp bila nampak je yang ni terus la aku ambik..lain dari yg lain..

kalau boleh widget2 sblh ni aku nak kurangkan..yg xperlu xyah guna xpe sbb memberatkan loading page ni je..
tapi tgkla dulu camne.. ntah2 nanti lg byk widget..hehe..

oklah dah nak kul 5 dah ni... balik le dulu..esok leh godek2 lagi..esok keje..

bye....!

0 comments

Aku kena tag (panjang ni..)


1. The rules of the game get posted at the beginning

2. Each player answers the questions about themselves

3. At the end of the post the player then tags 5 people and posts their names, then goes to their blogs and leaves a comment, letting them know they got tagged and to ask them to play and read your blog

Name : Mohd Hanizam Omar

Sisters : 7 (kakak aku no.3 dah meninggal tinggal 6 la skang)..ramai kan..

Brothers : 5 (aku lelaki yg paling abang..hehe)

Shoe size : 6 je.. kecik kan..haha

Height : 165 je..kalau ukur yg kena bayar 40 sen jadi 167..

Where do you live : PJS 10, Sunway

Have you ever been on a plane : Ye..masa pi Korea dulu2..

Swam in the ocean : pernah..rumah xjauh dari pantai

Fallen asleep at school : pernah le..kena baling kapur ngan che gu..

Broken someone’s heart : mesti ada kot..

Fell off your chair : tak pernah...sebab selalu duduk sopan2 je..tapi xkepit la..tak kuasa mak!!

Sat by the phone all night waiting for someone to call : pernah...dulu. sedih kan..hehe

Saved e-mails : dia kan auto saved..jarang delete emel..

What is your room like : ntah le.. cam bilik otel kot..haha

What’s right beside you: takde apa..partition je

What is the last thing you ate : donut 2 bijik...

Ever had…
Chicken pox : Pernah..mase darjah 3
Sore throat : pernah
Stitches : xpernah..
Broken nose : xpernah gak..

Do you Believe in love at first sight : percaya..

Like picnics : suka.. setiap tahun piknik bersama keluarga kami yg besar..bbq lg

Who was/were…
The last person you danced with : dengan Hadif..dia selalu ajak aku menari..dia xleh dgr muzik..
Last made you smile : tgk gelagat Hadif pg tadi.. dia tido dlm kete masa nak hantar dia pi umah baby sitter tuh..kete berhenti je dia terkejut pastu terus tanya "ayah...ayah aner".. mmg wat aku senyum je
You last yelled at : hadif gak..

Today did you…
Kissed anyone :
ada.. 2 org..hehe
Get sick : takde pun
Talk to an ex : dah lama xcakap..
Miss someone : my son

Who do you really hate: presiden israel n askar2nya

Do you like your hand-writing : suka je..hehe

Are your toe nails painted : tak..

Whose bed other than yours would you rather sleep in : bilik hadif..kadang2 sama2 terlelap..hehe

What color shirt are you wearing now : belang2..byk kaler

Are you a friendly person : tak sgt...pemalu..

Do you have any pets : takde

Do you sleep with the TV on : kalau tgk bola di awal2 pagi je la...kalau game tak beh

What are you doing right now : jawab tag sambil reply topik kat Teratak.

Can you handle the truth : can..

Are you closer to your mother or father : dua2 aku rapat

Do you eat healthy : main belasah je..asal halal..hehe

Do you still have pictures of you & your ex : takde..

If you’re having a bad day, who are you most likely to go to : duk sorang2..kadang2 bwk kete ntah mana hala..hehe

Are you loud or quiet most of the time : quiet kot..

Are you confident : selalunye konfiden la..tp xde la terover lak..

5 things I was doing 10 years ago

1. blajo lagi
2. berchenta..
3. putus chenta
4. berchenta lg
5. pastu kawen le..

5 things I would do if I were a billionaire

1. Kalau leh upah tentera negara mana2 yg ada senjata canggih pi serang israel
2. Beli kelab Man Utd..
3. xkeje dah..pi melancong je
4. beli properties byk2..
5. pi makan dengan Harus Salim Bachik

5 of my bad habits

1. Kadang2 baran gak..
2. suka menyendiri..
3. suka curi2 online kat opis..heehe
4. suka ingt kisah lama..
5. apa lagi ek..tatau la..

5 places I’ve lived/living

1. TTDI Jaya
2. Kuantan
3. PJS 8..masa bujangan kota dulu..
4. umah mak bapak le..
5. pastu asrama2 tmpt aku blajo..

Nyatakan 5 kedai yang anda pantang jumpa mesti nak masuk dan beli barang

1. dulu masa remaja..cybercafe..mesti nak masuk
2. masa remaja gak..kedai games..
3. kedai buku..byk dah koleksi novel..(masa bujang dulu le)
4. takde dah..selalu merancang nak beli baru masuk
5. sama gak..xde pantang2 nye.. (leh ke jwb gini)

Do you think you’re hot ?
ntah le..hehe

Upload your favorite picture of you!





Why do you like that picture?
sebab bergambo ngan hadif..hehe

When was the last time you ate pizza ?
last week kot..

What name would you prefer besides yours?
cencuroot..haha

People to tag :
1. notme
2. zoulle
3. as shyeye
4. wana
5. kikin

Who is number one ?
nami..tanya lg..dah tulis dah

Number three is having a relationship with?
byk tanya betulla..


How about number four?
dia jarang dah online sejak balik JB nih.. hehe

Who is number two?
zoulle le..kan dah ada tulis kat atas tu..che gu tuh..

2 comments

Aku & Hadif 2009

"Di Sunway Pyramid masa cuti Tahun Baru 2009"

"Di luar pintu berhadapan Sunway Lagoon"

0 comments

Kami The Photo #2

"Ibu, Hadif, Mak Uda & Mak Anjang"

"Aku, Zura, Dayah & Hadif"


"Aku, Zura, Hadif & Yuyu"


"Aku, Hadif & Dayah"


"Kami sekeluarga"





1 comments

Hadif yang terkini #16

"Hadif...muka marah camne?"

"Bergaya sampai terdongak"

"Tangan seluk poket tuh..bergaya ke?"


"Muka cam berlagak je.."




3 comments

Hadif yang Terkini #15

"Dipaksa bergambar"

"Dipaksa senyum"


"Dipaksa senyum lagi"


"Senyum malu-malu"





2 comments

Kami The Photo #1

" Aku, Zura, Hadif & adik aku (Dayah & Yuyu)"

"Aksi Hadif"

"Yuyu & Hadif"


::Gambar adalah hasil kreatif Yuyu::