1 comments

Sketsa Hadif #3

Situasi : Di dalam bilik bersama ayah dan ibunya.

"Hadif... Macam mana Hadif marah?" Soal ayahnya cuba menguji.

"Heyy!!" Jawab Hadif dengan mimik muka yang marah.

"Hadif gelak camne?" Soal ibunya pula.

Hadif pun buat aksinya sedang gelak. Ayah dan ibunya turut tergelak melihat gelagatnya itu.

"Kalau Hadif merajuk camne plak?" Soal ayahnya pula.

Hadif pun terus meniarap dan menekup mukanya pada bantal. Kemudian dia bangun balik sambil senyum dan seakan menunggu pertanyaan dari ayah dan ibunya lagi.

"Kalau Hadif takut?"ibunya bertanya.

"Akut arr" ujar Hadif sambil menekup mukanya dengan tangan.

"Ermmm... Kalau Hadif penat camne?" Soal ayahnya pula.

Hadif terus duduk.

"Enat arr," ujarnya sambil menggayakan dirinya yang kepenatan.

"Kalau berak pulak?" soal ibunya.

"Erhhhhh," jawab Hadif dengan gaya sedang meneran.

Tergelak besar lagi ibu dan ayahnya dengan gelagatnya itu. Hadif pun turut tergelak sama.

"Mana telinga?" Soal ibunya lagi.

Dengan pantas Hadif memegang telinganya dan tersenyum. Hadif sudah dapat mengenali segala anggota badannya sejak berumur setahun lagi. Segala emosi pun Hadif sudah dapat membezakannya. Sama ada marah, takut, malu dan sebagainya.

1 comments

Sketsa Hadif #2

Situasi : Baring di atas sofa dengan ayahnya selepas balik dari menonton wayang cerita Bolt.

"Hadif tadi pergi mana?"

"Abang pi amid (Sunway Pyramid)"

Semua pasaraya atau shoping complex Hadif memanggilnya dengan nama 'amid' atau Sunway Pyramid. Tidak kiralah pasaraya manapun.

"Pergi amid buat apa?"

"Abang ayan yiyi... Naik ande yiyi" (Abang jalan sendiri... Naik tangga sendiri)

Itulah kebiasaan Hadif, suka jalan sendiri. Tidak suka di dukung ataupun dipimpin tangannya.. Naik escalator pun dia hendak naik sendiri. Ayahnyalah yang terpaksa memerhatikan pergerakannya.

"Waahhh... Abang pandai jalan sendiri ya,"

"Antai (pandai)" jawab Hadif tersengih.

"Lagi... Abang buat apa lagi?"

"Abang naik car... abang naik yiyi..bawak yiyi!"

Sebelum menunggu tayangan bermula, ayahnya sempat membawa Hadif masuk ke tempat games di Sunway Pyramid itu. Hadif hanya suka duduk di atas kerusi permainan kereta itu sambil menggayakan gaya seorang pemandu kereta.

"Lagi?"

"Abang enok wiwi ecar" (tengok tv besar)

"Cerita apa?"

"Dog.. Dog ayi-ayi" (Dog lari-lari)

Sepanjang cerita Bolt tu Hadif memang tumpu perhatian sepenuhnya. Sampai habis dia tengok. Kebiasaannya belum sampai separuh cerita dia sudah terlena dipangkuan ayah atau ibunya.

1 comments

Sketsa Hadif #1

Situasi : Tatkala ayahnya pulang dari kerja.

Hadif berlari-lari mendapatkan ayahnya.

"Ayah...!" sambil memeluk kaki ayahnya itu.

"Hadif buat apa kat rumah hari ni?" Soal ayahnya.

"Abang engok wiwi (tv)... yayi (nyanyi) chan oi oi" kata Hadif yang membahasakan dirinya 'abang'. Chan oi oi ialah lagu Chan Mali Chan, lagu kegemarannya.Hadiflah satu-satunya abang yang tiada adik. Dia suka kalau orang panggil dirinya abang.

"Hadif dah makan?" Soal ayahnya lagi.

"Dah... Abang makan yor (telur) aje." jawab Hadif. Hadif adalah seorang penggemar telur rebus yang tegar.

"Bu ane (Ibu mana)? " Soal Hadif.

"Bu tak naik lagi, ibu ambil surat kat bawah," jawab ayah Hadif.

"Ayah... tom (jom) masuk yik (bilik) abang!" Hadif mengajak ayahnya masuk ke biliknya.

"Tak naklah, ayah nak tgk tv," jawab ayahnya.

"Nanaklaa... Tom aa.. ayah... " pintanya lagi.

"Ayah nak tengok tv la"

"Nanan(Jangan) aa engok wiwi... tom aaa yik abang." pintanya sambil menarik baju ayahnya.

Akhirnya ayahnya terpaksalah mengalah dan mengikut Hadif ke biliknya.

"Ayah... pak boi (sepak bola)"

Hadif dan ayahnya bermain bola di dalam bilik yang kecil itu. Sesekali terdengar gelak riang Hadif yang seronok bermain.

"Ayah... Bu ane?"

"Ibu ada kat luar tu"


Dengan pantas Hadif meluru ke pintu biliknya dan memusing tombol pintu untuk memanggil ibunya pula.

"Buuu! Tom aa..!" Jerit Hadif.

"Ibu nak tengok tv la Hadif. Main dengan ayahlah," jawab ibunya.

Hadif pun menutup kembali pintu biliknya itu. Dia pun pergi mengambil buku-bukunya.

"Ayah... tom ate (jom baca)" ujar Hadif sambil baring di atas lengan ayahnya.

Ayahnya pun mengambil salah satu buku yang diambil oleh Hadif tadi.

"Ni apa?" Soal ayahnya.

"Buah"

"Buah apa?"

"Buah pel (buah apple)"


Belum sempat ayahnya menyoalnya lagi Hadif sudah ambil buku yang lain untuk dibaca bersama dengan ayahnya.

"Cepat, Hadif kira ball ni"

"Atu, wa, iga, mpat, ima, nam, tutuh, apan, yan, yoh!" jawab Hadif sambil tepuk tangan bila kiraanya genap sepuluh.

"Hadif, dahlah main. Ayah nak mandi ni" pinta ayahnya.

"Nanan aaa... abang nak ain agi (Janganlah, abang nak main lagi)"

"Dah maghrib ni, ayah nak mandi. Pergi duduk dengan ibu"

Hadif terus lari dan meniarap di satu hujung yang tersudut di biliknya itu sambil menutup matanya dengan tangan. Rajuknya dah bermula.

"Abang, janganlah merajuk," ayahnya cuba memujuknya.

Hadif masih menekupkan mukanya lagi. Diam seribu bahasa.

"Hadif, ada lipaslah jalan-jalan kat belakang Hadif," ujar ayahnya cuba menakutkan Hadif.

Hadif terus bangun dan mendapatkan ayahnya dengan muka yang dalam ketakutan. Hadif memang takut dengan lipas. Ayahnya terus mendukungnya dan membawa Hadif kepada ibunya.

4 comments

Hadif yang terkini #14

"Dah snap belum ni..penat dah Hadif berposing nih"

• Gaya. Mutu. Keunggulan



"Uwekkk..Hadif tak nak berposing dah"

5 comments

Aku di Afghanistan


• Gambar aku dgn hadif masa pergi Afghanistan pergi mencari unta untuk dibuat korban Aidiladha.

1 comments

Aku dan lagu Hello Kawan (Kump. Search)

Dalam keadaan yang bosan ini tiba-tiba sahaja aku teringat akan lagu ini. Lagu ini berentak perlahan di iringi petikan gitar yang mengasyikkan. Lagu ni akan aku huraikan maksudnya mengikut pemahaman yang logik.

Hello kawan!
Apakah khabarmu
Masihlah ingat pertalian kita?

Hello kawan!
Kini aku datang
Dari perjalanan seribu kisah (cinta)

Aku tak pernah melupakan mu
Walau disini rumput menghijau
Tiada lara pengorbananmu
Memuncak (Menjunjung) nilai kemanusiaan

Kita berserta dalam perjuanganmu
Merasa sengsara dalam
Merasa perlu
Merasa...oh..oh...oh

Hello kawan!
Hello kawan...


Lagu ini bagi aku mengisahkan tentang suara hati seekor lembu kepada manusia-manusia yang dianggap sebagai kawannya. Masihlah ingat pertalian kita? Itu soalan dari lembu itu kepada kita yang pernah meminum susunya. Jawablah masih ingat supaya lembu itu tidak berkecil hati.

Aku tak pernah melupakan mu
Walau disini rumput menghijau


Ini bukti betapa lembu itu masih mengingati kita semua. Walau ada rumput yang menghijau, kita tetap tidak di lupakannya. Lembu-lembu tidak mudah hanyut dengan kemewahan rumput-rumput itu.

Tiada lara pengorbananmu
Memuncak (Menjunjung) nilai kemanusiaan.


Ini satu pernghargaan dari lembu kepada kita diatas sikap keperimanusiaan kita kepada lembu-lembu itu.

Kita berserta dalam perjuanganmu
Merasa sengsara dalam
Merasa perlu
Merasa...


Lembu itu juga merasakan bahawa dirinya juga turut serta dalam perjuangan hidup kita hari-hari. Mungkin kerana zat-zat susunya ada mengalir dalam badan kita. Maksud rangkap tersebut ialah kita dan lembu-lembu itu saling memerlukan.

Sekian sahaja huraian tentang lagu yang termuat dalam album kumpulan Search Gema di Timur Jauh yang dihasilkan pada tahun 1995.

2 comments

Tag dari Nina

Aku kena tag ngan nina nih..aku cuba jawab je lah ek..kalau salah tolong tunjukkan..hehe


1. Bekas kekasih sy..
..Noor Ashikin Binti Azmi

2. Sy sedang mendengar..
..Bunyi interkom kat ofis nih..pastu bunyi suara HR officer aku bercakap kat phone..

3. Mungkin sy patut..
..Bercuti lagi sampai ahad ni..

4. Sy suke belajar..
..benda² yang berkaitan dengan tenet..hehe

5. Sahabat baik sy..
..semua kenkawan yg baik ngan saya tu kira sahabat baik la..

6. Sy tak paham..
..kenapa saya kena kerja hari ni..xfaham laa...kan beh duk umah

7. Sy kehilangan..
..punca.. masih bingung kenapa kena kerja hari nih..

8. Ramai yg berkata..
..kalau hari ni cuti kan beh..pg td wife aku ckp..sampai opis lak opismate pun ada cakap..hehe

9. Makna nama saya..
..yg tahu Mohammad je..terpuji, Hanizam tu ntah pebenda la..

10. Cinta itu..
..kadang-kadang tak ada logika..

11. Disuatu tempat..
..di sorga..kapan aku ke sana..harap2 sampe juga nanti

12. Saya akan cube..
..untuk menjadi sebaik mungkin supaya bisa ketemu dgn ahli² sorga..

13. Makna " selamanya "..
..forever..kekal..abadi..

14. Handphone sy..
..tak berbunyi lg ari ni...sepi je..xde sapa nak call pun..hehe

15. Sy paling meluat..
..bila tgk kisah2 org bercerai..busyan je..espeselli artish..hehe

16. Bile sy bangun dari tido..
..saya terus tutup lagu Pawana nyanyian Amy Search..bingit je.. pasal bingit la ku jadikannya ALARM..hehe

17. Party..
..party MLM paling xske..setakat makan bihun pastu suh dgr dia ckp..kadang2 ada yg xlogik..sbb bihun dah telan aku angguk je.. ( tu dulu2 la..skang xpegi dah..dah tau dah tektiknya..hahah)

18. Haiwan yg paling cute..
..cencurut..

19. Peringkat umo yg paling menyeronokkan adalah...
..remaja le..enjoy je

20. Hari ini sy rasa tension..
..sebab dah 20 soalan tag ni dah jawab..tp masih ada lg bawah2 tu kena jawab..hehe..byknye..

21. Malam ini sy akan cube..
..tidur lambat...sebab selalunya aku akan tertidur awal depan tv..sian wife aku tgk tv sensorang..sian dia..bukan xnak teman..dah nak tertidur..hehe

22. Sy betul2 inginkan..
..cuti lagi..

23. Bile tengok muka kat cermin pg tadi..
..rasa masih lg hensem..hahaha..

24. Shopping kompleks..
..terlalu kompleks..kalau anak hilang lg naya je..hehe..

25. Makanan segera biasanya..
..tak berapa nak segera pun..kena beratur..lambat jgk..hehe..

26. Ayat terakhir pada orang..
..bye

waaahhh...berjaya jgk aku jawab..hehe

Skang aku nak bg tag ni kat sesapa yg baca n yg belum jawab lg tag macam ni..sila jawab ye.hehe..

0 comments

Cute Teddy Bear dari Permaisuri Teratak



Inilah hadiah yang aku dapat dari Kak Da Permaisuri Teratak Dunia Cyber. Terima kasih Kak Da..

1 comments

Aku dan AWARD



Hari ni aku dapat award dari bayu_pagi a.k.a kin dan ziemah dari blog diorg...memandangkan dah dapat award ni saya nak buat sedikit ucapan..

- pertamanya syukur ke hadrat Ilahi di atas kurniaNYA..
- terima kasih kepada mak dan ayah yang selama ini menyokong saya.
- terima kasih juga kepada isteri dan anak saya kerana mereka adalah ilham saya.
- terima kasih juga kepada kawan2 semua samada di Teratak TDC tu..friendster..member2 blogger dan semua la..

Award ni juga saya beri kepada
• che gu zol
• Kak da

• Nami
• Koin
• Spawn
• Bayu
• Ziemah
• Niena
• Dan kepada semua yang mengenali diri ini...hehe

Award ini ada syaratnya :

1. Sesiapa yang dapat award ini boleh meletakannya pada blog masing- masing
2. Link semula kepada orang yang bagi award ni kat korang
3. Bagi award ni kat 7 orang bertuah
4. Tinggalkan ia mesej pemberitahuan yang korang dah bagi award kt orang tu



0 comments

Aktiviti Hujung Minggu: 30 Nov

Sabtu lepas tak banyak aktiviti aku buat...cuma aktiviti biasa melayan hadif n melayan ikan-ikan guppy dengan hadif.. seronok je tgk ikan2 tu berenang.. hadif dia panggil ikan bandaraya tuh ikan malu..sbb selalu menyorok belakang tunggul pokok plastik tu je.. hehe..

Ahad aku pergi Carrefour Subang Jaya untuk membeli barang keperluan... cari parking punyalah susah..4 level car park tu full..akhirnya dapat jgk tp yg kat atas sekali..level 7 kot.. turun je ke carrefour tgk susu n diapers hadif habis... bila dua-dua tu takde terus xjadi kitorang shopping.. terus balik umah..

sampai je kat umah adik ipar aku ckp member aku dari ipoh datang.. diorg ajak pi jalan2 tgk wayang kat sunway pyramid.. terus kitorg pi sunway pyramid... suka sangat hadif bila ckp nak pegi pyramid.. sampai sana member aku ajak pegi mkn..kitorg pegi la cari tempat nak makan.mula2 pegi pizza hut..penuh, then pegi wendy's..penuh gak..mcd pun penuh.. secret recipe pun penuh...last2 kitorg pi KFC je..situ outlet dia besar...ada la tempat untuk kitorg mkn..

lepas mkn kitorg pi book ticket wayang..tgk cite Antoo Fighters.. dapat la tiket.. sementara nak tunggu tu bawak la hadif pusing2 kat situ.. hadif buat aksi lawak je petang tu.. ada ke patut dia pegi ikut cara member aku berjalan sambil seluk poket tu, ramai yg tgk aksi dia gelak je... ada yg pi cubit2 pipi dia.. dia berjalan sambil seluk poket cam org besar.. amoi2 pun pakat tgk dia.. glemer skjp adif..hahaha..aku duk jauh je tgk aksi hadif sbb masa tu wife aku ngan member aku duk melayan dia..aku duk bersembang dgn member aku yg lain..

pastu kitorg pi la kat tgv tu sbb wayang dah nk mula.. adif dalam wayang tu duk diam je.. kusyuk tgk cite antoo fighters.. dia ckp momok byk kat tv besar..haha.. duk je atas riba aku.. cite antoo fighters tu ok la...lawak je.. suka tgk bell ngan radhi.. mmg lawak..awie jadi jahat..drakulat.. ok gak lakonan awie..cite ni cite kosong je la..

lepas tgk wayang pi smyg pastu pi jalan2 skit pastu keluar dari pyramid then pergi kedai tomyam..makan malam sambil tgk bola..Man utd lawan Man City..tgk skit je..sampai rooney score goal kitorg blah la..diorg semua pi lepak umah aku.. dua org member aku tertidur kat sofa umah aku..penat kot.. aku biarkan je diorg tidur sbb pastu diorg nak balik ipoh.. adif pun tidur gak..penat.. hehe

itulah aktiviti ujung minggu aku..

3 comments

Hadif yang terkini #13

• Tersenyum manja

• Tolong ibu pilih kasut kat Jusco

• Menunggu ibu shopping


• Di hadapan ofis ibu


• Bergurau mesra dengan ibu





3 comments

Aku dan pemuda yang malang

Hari ini aku hendak menceritakan mengenai satu peristiwa lawak yang berlaku di masjid selepas sembahyang Jumaat tadi.

Tersebutlah kisah, seorang pemuda yang berwajah ala-ala Reza Era, selesai sahaja beri salam di akhir solat dia pun terus bangun dan berjalan di celah-celah orang ramai yang masih duduk mengaminkan doa Pak Imam, menuju ke belakang.

Tiba-tiba terdengar satu bunyi yang amat kuat, semua orang pun berpaling ke belakang, termasuk aku, kelihatanlah pemuda tadi 'melekat' di cermin sliding door masjid itu.

"Aduh!" itulah kata-kata yang agak kuat yang lebih kuat dari suara Pak Imam yang sedang membaca doa.

Semua mata tertumpu ke arah pemuda itu, ada yang tergelak, ada yang tersengeh sahaja. Aku tergelak bersama-sama dengan orang disebelahku. Ada ke patut pintu sebesar itu tidaklah dinampaknya.

Pemuda itu sempat berpaling ke arah orang ramai dengan muka yang tersipu-sipu. Kemudian dia pun menarik pintu sliding door itu untuk membuka dengan lebih luas lagi. Bunyi pintu itu pun kuatlah juga sehingga orang masih memandangnya. Selepas itu dia berjalan dengan lajunya sehingga lenyap dari pandangan orang.

Selesai sahaja mengaminkan doa, terdengarlah suara-suara sumbang mengutuk dan memperkatakan perihal pemuda malang tadi. Ada yang baru hendak gelak, mungkin melepaskan gelak yang di simpan semasa mengaminkan doa tadi.

hahaha..

0 comments

Blog Teratak Dunia Cyber

Aku mewujudkan blog tersebut sebagai mengisi waktuku yang teramat terluang dengan hebatnya. Blog itu hanya sebagai 'pintu masuk' ke Teratak Gambar & Forum Komuniti Teratak iaitu http://tdckita.forumotion.com/ dan http://teratak.forumotion.com/.

Silalah pergi ke [Blog Teratak Dunia Cyber] untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi. Berkemungkinan segala perihal mengenai Teratak Dunia Cyber akan di paparkan di sana bukan lagi di sini. Di sini hanyalah sekadar blog peribadiku sahaja.

Terima Kasih...

4 comments

Hadif yang Terkini #12

Makan² dengan ibu...

Jalan jammed je..bosan

Hensem tak?....





Menunggu ibu shopping...bosan kan?



Gelak je..




Sedapnya...makan aiskrim





Hallo...hallo...







2 comments

Aku dan Hujung Minggu

Aku tgh bosan ni.. lepas je upload lagu mp3 kat teratak..aku nak cerita pasal hujung minggu aku..
Sabtu lepas aku keje.. pas abis keje balik umah, masuk je rumah bau aroma yg sedap je..rupa-rupanya wife aku masak nasi ayam.. makan la..byk gak aku mkn..sedap,

pastu aku terpaksa la layan anak aku skjp..sbb dia asyik ajak masuk bilik dia je.. kalau masuk bilik dia aku jadi budak2 balik la.. duk main ngan dia..penat gak melayan dia..hehe..dia ni asyik ayah..ayah je..sampai aku xleh nak wat menda lain..kalau nk kuar mesti curi2..dia nak ikut..

lepas tidurkan hadif (ayah dia mmg selalu kena tidurkan dia ni..ngan org lain dia xnak) pi servis kete then pi antar carwash.. lepas je basuh nmpk cam kete baru kete aku..spot rim berkilau-kilau.. hehe..maklumla asyik hujan je..jarang nak basuh..

malam tu adik ipar ajak pi TESCO Shah Alam.. suh bwk kete dia sbb dia kata kete aku cam baru sayang la nak bwk pi jalan2..perli tu..mntg2 kete aku hitam senang nmpk kotor..tp lepas raya tu mmg aku jarang basuh kete..aku baru basuh bape kali je..selalu setiap minggu basuh..

lepas dah beli barang kat tesco kitorg pi pekena char koey tiaw Aimar kat TTDI Jaya...katanya the best in penang..hehe.. tp mmg sedap..boleh dikatakan selalu gak la aku ke sana..leh ingt dah muka pelayannya..
sampai sana tgk org ramai sgt..dapat la jgk tempat duduk lepas ada satu family tu blah.. pastu kitorg pun orde la..semua orde yg besar n special..sini udang dia besar2 n segar.. tu yg beh tu..

kemudian balik umah..lepak2 kejap pastu dlm kul 12.30 aku pi LCCT lak..jemput adik pompuan aku dari Sibu..dia cikgu kat sana..skang kan cuti skolah.. sampai je sana call dia xdapat..masuk mesej..mesti battery xde ni.. byk kali aku call.. pastu aku melilau cari dia..mana2 yg terbaring tido pun aku pi tgk muka dia..kot2 adik aku..hehe..masa tu mmg hangin gak..rasa nak marah je.. kalau dah tau bateri henpon dah mati xreti2 ke cari public phone.. aku pun balik ke kereta balik.. tunggu kejap..kot2 dia call.. pastu wife aku lak pi cari.. akhirnya jumpa lah adik aku tuh..rupanya duk dalam McD.. dia xsedar hp dia mati..

aku duk kat LCCT sampai kul 3 pg..hehe..sembang2 ngan boipren adik aku tuh..dia dari Sabah..cikgu gak.. memandangkan dia tunggu flight ke kg dia kul 7 pg aku layan la dia bersembang.. tp ku 3 tu mata aku dah tak tahan la.. last2 aku ajak balik le.. on de way balik tu ada kete duk berlumba lak..siot je..kiri kanan kete duk motong aku.. aku bwk 110 je.. diorg mau 180-190km/j tuh.. 4-5 buah kete rasanya..

sampai umah kul 5 pg..singgah mkn kat McD kejap...breakfast.. kat umah aku layan sembang lg ngan adik aku.. lepas Subuh baru tido.. kul 8 tu adif merengek..sib baik la wife aku bgn melayan dia..aku sambung tido.. kul 10 aku bgn..mandi2 pastu sarapan skit.. layan adif.. wife aku masak..

dalam kul 3 aku tido lg..adif duk layan Upin & Ipin..sampailah dia tido sama.. ptg tu wife aku masak awal..dia wat spagetti sbb adik aku nak naik bas kul 8 pi kuantan lak..pas maghrib bertolak pi Pekeliling..sampai sana kul 7.45.. adif menangis nak ikut adik aku balik kg..nak naik bas jgk..hehe

lepas bas tu dah jalan kitorg balik le...singgah kat p.malam kat umah kejap..balik umah layan Ta'in..hehe..habis je aku masuk tido..adif pun sama..dia ngantuk gak la tu..biasanya jenuh nak ajak tido.. kadang kitorg tido dulu baru dia masuk tido..kalau aku tido dulu mesti dia dtg kejutkan aku "ayah..ayah...nak tido.."

habis daaa...panjang gak ni..mau bosan org nk baca..

7 comments

Aku Yang Terselamat

Semalam, 12hb November 2008, lepas keje.. aku, isteri ngan anak aku pi KL... masa tu hujan renyai2.. masa nak balik tu hujan dan berhenti n aku bawak kete cam biasa la..xlaju pun.. masa tiba kat selekoh depan KL Sentral tu kete aku berpusing ..

masa tu aku rasa pelik..nape kete aku meluncur ke sana..pastu aku pusing stereng sampai habis..pastu balas balik sampai lah kete aku masuk laluan yg betul balik..sakit bahu aku duk balas stereng..

wife aku ngan anak aku diam je.. lepas dah ok baru dia tanya.. masa keter duk sliding tu aku cuma tgk cermin blakang je tgk2 kot ada kete tak.. sib baik aku tgk kete Yaris tu slow, mebi bg chance aku drift kot..hehe..

brek atas line speed breaker tu licin kan..pasal tu dia sliding je.. sepatutnya speed breaker tu sblm selekoh ..bukan kat selekoh..bahaya.. tayar kete aku baru lg..kalau botak tu lain cite..

aku rasa kete kancil depan aku mau cuak sbb tgk kete aku duk drift blkg kete dia.. aku bersyukur sbb masa tu aku xgabra sikit pun.. aku rasa cam biasa je.. pastu terus aku usap muka anak aku..aku rasa syukur sbb slmt..kalau tak mau kete aku langgar tembok tepi kiri kanan jalan tu...syukur Alhamdulillah..

2 comments

Kehendak Takdir (Part 15)

Sham terus bergegas lari dari restoran itu. Hatinya sakit yang teramat sangat apabila melihat jemari Erin digenggam lelaki lain. Tidak disangka semua ini berlaku di depan matanya sendiri. Niatnya untuk membuat kejutan kepada Erin bertukar manjadi tragedi. Dia sendiri yang menjadi mangsa kejutan itu. Sham melangkah masuk ke keretanya. Menggeletar seluruh saraf sendinya menahan seribu rasa getir kekecewaannya.

Entah mengapa tadi hatinya tergerak untuk mencari Erin di restoran tersebut setelah turun dari tangga pejabat Erin tadi. Dia terlewat sampai di pejabat Erin. Rancangan asalnya untuk sampai di pejabat Erin sebelum pukul satu tengah hari tetapi disebabkan sedikit kesesakan jalan raya dia terlewat tiba. Mungkin ini adalah hikmah dan rahmat dari-Nya supaya dapat menyaksikan sendiri kecurangan insan yang di cintai selama ini. Sham masih tidak dapat memandu keretanya. Kakinya masih menggeletar.

"Siapa tadi Erin?" Soal Azmi setelah melihat Erin tertunduk membisu setelah disapa lelaki tadi.

"Kekasih? Bekas kekasih?" Soal Azmi lagi.

Erin terus bangun mencapai beg tangannya dan terus berlalu keluar dari restoran tersebut. Perasaan bersalahnya kepada Sham membuak-buak. Dia tidak tahu apa yang Sham fikirkan. Dia berharap agar Sham tidak nampak Azmi menggenggam tangannya tadi supaya tiada salah faham Sham kepadanya. Erin mencari kelibat Sham di sekitar kawasan itu. Dari seberang jalan itu Erin nampak Sham di dalam keretanya yang di parkir dihadapan pejabatnya itu. Erin terus pergi untuk mendapatkan Sham.

Tidak semena-mena Sham terus memecut laju keretanya dan terus meninggalkan Erin. Erin terkejut dengan tindakan Sham. Tidak disangka Sham akan pergi sebelum sempat dia menerangkan keadaan sebenar. Azmi hanya memandang perlakuan Erin dari dalam restoran itu. Dia dapat rasakan bahawa lelaki itu pasti begitu istimewa di hati Erin.

jap lg sambung lg...ada org dtg kat meja ni..kacau betul..

0 comments

Kehendak Takdir (Part 14)

dah lama aku tak sambung cerita ni...aku akan habiskan jugak kisah ni.. hari ni mood aku xberapa nak baik..so boleh la aku sambung cerita ni..emosi yg sama masa wat cite ni dulu2..

Sudah seminggu jenazah ibu Azmi dikebumikan. Seminggu itu jugalah Azmi mengelak untuk berjumpa atau bertemu mata dengan Erin. Sudah puas Erin mencuba namun Azmi tetap begitu. Seolah Erin ada melakukan satu kesalahan besar dengannya.

"Lia... Kenapa Abang Azmi macam tu? Langsung dia tak mahu bercakap dengan Kak Erin", soal Erin pada Lia, adik Azmi.

"Entahlah kak. Dengan kami adik beradik pun dia tak bercakap," jawab Lia.

Erin melepaskan satu keluhan panjang. Mungkin ada sebabnya Azmi bersikap sedemikian. Erin berasa tidak senang dengan keadaan begini. Dia tidak tahu apa yang sedang bermain difikiran Azmi.

"Lia, akak balik dulu ya... Nanti kirim salam kat semua. Assalamualaikum," Erin meminta izin untuk pulang setelah seharian berada di rumah Azmi membantu keluarga Azmi membuat kenduri tahlil arwah.

Erin terus memandu pulang ke rumah. Fikirannya masih berfikir tentang Azmi. Bermacam andaian dan telahan menerjah-nerjah benaknya itu. Semuanya berkemungkinan. Sampai sahaja di perkarangan rumah, Erin terus menuju ke biliknya dan terpandang telefon bimbitnya di atas meja soleknya itu. Erin terus mencapai dan melihat skrin telefonnya itu. Terpampang di skrin telefon itu menunjukkan ada 16 panggilan tak berjawab. Semuanya daripada buah hatinya iaitu Sham.

"Assalamualakum... Abang Sham," suara manja Erin bergemersik di hujung gagang telefon bimbit Sham.

"Erin kemana satu hari suntuk Abang Sham telefon tak dapat-dapat?" Soal Sham.

"Erin pergi tolong orang kat kenduri arwah. Takkan nak bawa telefon," jawab Erin.

"Dah tahu nak pergi sana kenapa tak beritahu Abang Sham awal-awal. Risau Abang Shan tau,"Sham mengomel lagi.

"Maaflah Abang Sham. Tadi tak sangka mak akan ajak Erin sekali," bohong Erin kepada Sham

Erin kadang-kadang kasihan juga kepada Sham. Sejak akhir-akhir ini dia jarang menghubungi Sham. Hanya Sham sahaja yang senantiasa menghubunginya. Erin risau juga dengan keadaan yang menghimpit dirinya sekarang. Keadaan Azmi satu hal. Sham pula kekasih hatinya. Semua ini membuatkan Erin dalam dilema.

Keesokan harinya Erin pergi kerja seperti biasa. Dalam kesibukannya menyiapkan kerja-kerja di pejabat, Erin terlupa akan kekusutan akalnya memikirkan perihal Azmi dan Sham. Dia begitu tekun membuat kerja. Tanpa dia sedar jam sudah menghampiri pukul satu tengahari. Ketika jam tepat menunjukkan pukul satu tiba-tiba telefon bimbit Erin berdering. Panggilan dari Azmi. Azmi mengajaknya makan tengah hari bersama-sama.

Mereka berdua menikmati makan tengah hari di restoran di betul-betul berhadapan dengan pejabat Erin. Erin lihat Azmi kurang berselera. Hanya mendiamkan diri sahaja.

"Erin... Erin tahu tak apa harapan dan impian arwah mak Mie?" Tiba-tiba satu soalan terpacul dari mulut Azmi.

Erin seakan tahu apa yang cuba dimaksudkan Azmi itu. Tentu perihal jodoh antara mereka.

"Tak tahu," jawab Erin sepatah.

"Mak Mie nak sangat tengok kita berdua bersanding bersama. Arwah mak suka sangat dengan Erin. Semasa saat akhir sebelum dia meninggal pun masih sebut-sebut nama Erin," ujar Azmi.

"Dia juga ada bertanya kenapa Erin tak datang melawatnya kat hospital... Masa tu kan Mie merajuk dengan Erin," sambung Azmi lagi. Ada getaran sedikit di hujung suaranya itu.

"Mie harap Erin takkan hampakan Mie dan impian arwah mak Mie...," pinta Azmi lagi.

Spontan Azmi meraih tangan Erin dan menggenggamnya. Terkejut Erin dengan perlakuan Azmi itu. Erin tidak tahu apa yang perlu dicakapkan. Dia hanya berdiam diri sahaja.

"Erin," ada satu suara perlahan memanggil namanya.

"Abang Sham...," terkejut Erin dan terus menarik tangannya dari genggaman Azmi.

Baru Erin teringat sesuatu. Hari ini 1hb Oktober iaitu harijadi Sham.

Bersambung...

1 comments

Teratak takleh masuk..

Hari ni Teratak Dunia Cyber ada problem.. mula2 pagi td xleh nak bukak thread n post..pastu ptg ni xleh masuk lak.. pi kat forumotion pun xleh gak..mmg server forumotion problem la ni.. bosan betul.. pg td pihak forumotion ckp akan fix mende ni secepat mungkin..sampai ptg makin teruk, xleh masuk langsung..

Kepada pengunjung2 Teratak Dunia Cyber..harap bersabar.. tatau bila ok..hhehe..pi le layan apa2 yg patut..

aku pun tatau nak wat pe.. tunggu kul 5 je la..pastu balik..

5 comments

Aku dan Coretan Terkini #3

Hujung minggu lepas aku balik kampung... pergi berurut kaki aku nih.. cam org tua lak aku... nak wat camne kaki kiri aku asyik sakit je dalam minggu nih... dulu aku pernah tak boleh berjalan dekat sebulan rasanya.. cam org cacat je, skang kaki yg sama sakit balik... aku tak nak takleh jalan cam dulu..ngeri je..

Dulu kaki aku ni dia sakit tiba-tiba..masa tu bulan puasa tahun 1999.. aku tgh blaja masa tu.. sblm tu takde pun tanda2 kaki aku akan sakit.. masa mandi pagi lepas sahur tu ok je...bila dah lap2 badan n nak melangkah ke bilik tiba2 kaki kiri aku xleh angkat.. nak kata krem bukan krem sbb aku tahu le krem camne.. aku berjalan slow2 ke bilik aku.. aku terus kejut roomate aku.. dia bawak aku pi klinik.. tp doktor tu kata krem..geram aku..siap dia spray kaki aku.. pastu aku balik bilik aku..makin teruk kaki aku..langsung xleh gerak..gerak skit je sakit.. xleh jalan dah aku.. pastu aku call akak aku suh ambik aku.. dia nangis tgk aku..hehe.. masa tu aku kena usung cam mayat je wat masuk kete...

abg ipar aku bawak aku pi hospital universiti.. kena tahan wad satu mlm.. macam2 xray doktor wat... esok tu aku leh balik.. tp xleh jalan lg.. doktor tu suh dtg balik untuk wat operation.. 2 hari sblm raya operation tuh..gilo la.. lepas tu abg ipar aku bwk pi jumpa Harun Din.. dia picit2 jari kaki aku je.. xwat apa2 pun.. ayah aku suh bwk balik aku ke kg...berubat cara kg lak.. merata tempat aku pi urut.. ada yg urut dgn air le... dgn darah merpati le.. aku biarkan je.. asalkan aku leh jalan balik.. tp xleh jalan gak.. sedih aku masa tuh..rasa cam xde peluang nak leh jalan dah..

aku ingt yg aku leh jalan skit2 lepas aku pi berurut dgn seorg makcik kat Cendor, Pahang... 3 kali urut ngan dia dah leh jln skit2.. tp sakit lg le.. (skang makcik tu dah xleh urut org dah..dia kena stroke..sian dia)

bila dah leh jalan skit2 ni aku nak la beraya...xnak la wat operation.. so call la hospital universiti tu..nak postpone kan date operation tu, pas tu nurse tu nasihatkan aku jgn wat operation tu...sbb doktor tak tahu sbb sbnr kaki aku jd camtu.. dia kata byk kes sama cam aku lepas operation terus xleh jalan...dia suh usaha cara kg... sib baik dia bgtau.. aku xwat le operation tuh...

lepas asyik berurut je kaki aku leh jalan cam biasa...tp xleh tunduk sgt le..sakit lg.. tukang urut pesan kat aku jgn sesekali makan kambing.. bahaya untuk sakit cam aku.. aku ikut le.. lama jgk aku xmakan kambing... dalam 2 tahun kebelakangan ni je baru aku try makan kambing.. kadang2 hari2 aku mkn.. pastu seminggu sekali...hari jumaat je sbb restoran tu dkt ngan masjid..hehe

skang bila kaki aku cam sakit balik nyesal pun ada.. kaki aku cam kebas je manjang.. kalau cubit pun tak sakit sgt..lepas urut tu rasa kurang skit.. kolesterol byk sgt kot dlm bdn aku nih... bila la nak pi check kolesterol aku..

panjang lak aku cite...oklah setakat ni je la...

1 comments

Aku Dan Coretan Terkiniku #2

Pagi ni aku rasa cam bosan je... Nak masuk Teratak pun rasa cam malas. Baru je nak taip address Teratak tu pun dah bermacam-macam benda terfikir. Tak jadi aku nak masuk... Terus aku masuk blogger dan tinjau-tinjau semua entry blog aku nih... Semua aku baca balik... tengok-tengok balik... Lepas tu aku bosan lagi...hehe.. tak tahu nak wat pe... Masuk Teratak pun sure takde orang... Kalau masuk pun hatiku rasa tak best... Kadang-kadang aku rasa bosan bila kat sana. Lagi-lagi kalau masuk chatbox... Serba tak kena aku...

Cabaran bersosial di alam cyber pun boleh tahan gak hebatnya...hehe. Kadang-kadang boleh rimas jugak... kadang-kadang wat aku tension... Tapi semua tu adatlah...di cyber space ngan dunia realiti pun lebih kurang gak.. cuma kita xnmpk muka org tu & orang tu pun xnmpk muka kita.. mungkin itu cabarannya sbb kadang-kadang apa kita cakap tu disalahertikan orang... kalau di dunia depan mata ni xpe...kita leh baca reaksi muka orang, so susah nak berlaku salah faham ...riak & mimik muka kita boleh tahu...

Kita manusia ada tahap-tahap kesabarannya... tak semua orang mampu bersabar selama-lamanya... Aku sendiri pun tak tahu tahap kesabaran aku... Kita semua manusia...kita pun tahu hakikat manusia macam mana... Manusia semua berperasaan... Bersamalah kita menjaga hati dan perasaan orang lain supaya orang lain pun berbuat demikian kepada kita.

Kempen kita pada hari ini adalah "Menjaga Hati". Tuan-tuan dan Puan-puan hadirin yang saya hormati sekalian. Di dunia yang penuh pancaroba dan dugaan ini, manusia-manusia semua berlumba mengejar kesenangan diri dan keselesaan hidup disamping mencari ketenangan jiwa. Mereka berusaha cuba menempatkan diri mereka dikalangan atau kelompok yang mereka kehendaki.

Tanpa mereka sedar, mereka terlupa untuk menjaga hati orang di sekeliling mereka. Perhhh...cam bersyarah plak...hehehe... dah melalut jauh aku... tapi takpelah, sekurang-kurangnya ada benda aku leh taip.. Oklah setakat ni je lah aku nak taip... lenkali kalau aku rajin aku taip lagi..

2 comments

Aku dan Coretan Terkiniku #1

Di pagi Sabtu yang cerah ini aku ingin mencoretkan sesuatu bagi menghilangkan rasa bosan dan bersama harapan agar masa ini cepatlah berlalu. Coretan kali ini akanku coretkan seskema yang mungkin dengan menggunakan bahasa kebangsaan yang betul dan cuba untuk menepati kehendak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Aku akan cuba untuk menjaga dan menggunakan tatabahasa yang betul. Dengan berbuat demikian ia akan melambatkan aku untuk menghabiskan coretan ini. Jadi dapatlah aku menghabiskan masa dengan lebih lama di sini. Itulah tujuan dan niat asalku setiap kali aku berada di blog ini. Hanyalah untuk menghabiskan masa yang sering bersisa.

Di pejabat aku ini persekitarannya tidak ceria. Masing-masing diam duduk di meja masing-masing sambil tekun membuat kerja. Jarang kelihatan mereka berborak-berborak diwaktu kerja. Lebih-lebih lagi jika Big Boss ada di pejabat. Aku dan rakan-rakanku dari Engineering Department berborak tanpa dapat di kesan. Kami berborak sambil membuka satu drawing besar kononnya membincangkan sesuatu. Kalau Director lalu kami akan teruskan lakonan itu dengan muka yang serius sambil melakarkan sesuatu di kertas. Semua ini demi menampakkan yang kami juga komited untuk meneruskan tradisi pejabat ini yang mana mengamalkan sikap tidak berborak di waktu kerja. Tradisi yang terjaga lebih 20 tahun lamanya. Kami tidak akan sesekali memecahkan tradisi itu. Biarlah ia kekal diwarisi sepanjang masa.

Sekarang jam telah menunjukkan pukul 12.06 p.m. Selepas aku menaip perkataan 'pukul' sebentar tadi kira-kira beberapa saat yang lepas yang di tujukan untuk menyatakan waktu, aku terus berfikir, mindaku terus tertanya-tanya dan terbitlah satu persoalan yang baru. Persoalan itu ialah kenapa perkataan pukul itu digunakan untuk menyatakan waktu? Bukankah pukul itu adalah satu perbuatan menghentak atau menghayunkan tangan samada dengan tangan kosong atau dengan menggunakan benda lain seperti kayu, besi atau sebagainya ke atas sesuatu objek yang lain? Aku cuba mencari maksud sebenar 'pukul' itu dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ini dia maksud pukul dari Kamus Dewan Edisi ke-3;

i) ketuk (dgn benda yg keras atau berat).

ii) ki ketuk (dgn perkataan dll), perintah; kena ~ a) kena ketuk, diketuk; b) mengalamai kerugian (dimarahi, ditipu, dsb); salah ~ a) salah mengetuknya; b) satu kali berbuat (bekerja, bertindak, dll); tukang ~ orang yg biasa memukul orang dgn upah, jagoan, samseng

iii) bahagian drpd sesuatu hari spt yg ditunjukkan oleh jam, waktu tertentu dlm sesuatu hari: jarum pendek dipanggil jarum ‘~nya’, kerana ia menunjukkan waktu dgn bilangan ~ jam; kami sampai di rumah ~ lima petang; jam ~ jam yg menyatakan waktu.

Terjawab sedikit kemusykilan di benakku ini tetapi kenapa tiada istilah yang lebih tepat dan khusus untuk menyatakan waktu? Pada firasat aku mungkin bunyi jarum jam berdetik itu menyebabkan orang melayu dulu-dulu mengandaikan yang jarum jam telah memukul sesuatu. Ataupun mungkin bunyi ketukan loceng jam zaman dahulu yang berbunyi setiap satu jam dan berbunyi berkali-kali mengikut nilai angka waktu itu.

Mungkin situasinya begini, seseorang yang tidak berada di hadapan jam kemudian terdengar 'pukulan' loceng jam berkali-kali dan mengira jumlah bunyi yang terhasil, jika 10 kali berbunyi menandakan sudah pukul 10. Selepas itu mungkin kawan di sebelahnya bertanya "Sudah jam berapa ye?". Kemudian orang yang mengira ketukan jam loceng pun menjawab "Aku kira tadi loceng jam itu di pukul 10 kali, kiranya waktu sekarang pukul 10 lah"(Cuba anda menggayakan dialog itu menggunakan nada dan cara percakapan orang di zaman dahulu seperti dalam cerita P.Ramlee untuk menambahkan logiknya dan menguatkan lagi andaianku itu)

Dan selepas itu istilah pukul digunakan dengan meluas sehingga ke hari ini. Cuma orang melayu Indonesia sahaja yang masih belum menggunakan istilah 'pukul'.

Mereka masih seperti ini,

"Udah jam berapa ya pak?"

"Udah jam satu ni, ayok temen-temen, gue harus pulang nih, hari senin jam 9 kita ketemu lagi ya"

Baiklah sekarang sudah masanya untukku pulang ke rumahku dan bertemu dengan isteri dan anakku yang tercinta. Berjumpa lagi di lain waktu. Assalamualaikum.

6 comments

Hadif Nyaris Hilang

Hari ini aku hendak bercerita tentang anak aku yang nyaris-nyaris hilang pada hari Ahad lepas di pasar pagi di perkarangan Stadium Shah Alam. Kejadian yang betul-betul hampir meragut tangkai jantungku. Peristiwa yang betul-betul mencemaskan.

Pada masa kejadian, isteri aku sedang memilih tudung. Aku memang sibuk melayan anak aku. Tetapi entah macam mana aku berpaling sekejap memerhatikan isteri aku yang asyik mencuba tudung. Bila aku pusing balik aku tengok anak aku dah hilang!. Gempar seketika di situ.

Aku, isteriku dan beberapa peniaga di situ terus mencari Hadif. Aku berlari-lari mencari. Kebetulan aku terdengar satu suara kanak-kanak berteriak menangis menuju ke tempat letak kereta. Aku terus berlari ke arah itu. Rupa-rupanya orang lain. Aku terus mencari. Bemacam-macam andaian menerjah-nerjah benakku.

Setelah hampir 5 minit aku kembali ke gerai tadi. Pak cik peniaga yang sama-sama mencari terus bertanya aku. Aku cakap masih tak jumpa. Isteri aku masih mencari dan aku tidak nampak kelibat dia sekitar kawasan situ.

Tiba-tiba aku ternampak Hadif di atas dukungan seorang lelaki. Perasaan aku betul-betul lega dan hampir hendak menangis kegembiraan. Hadif masih seperti biasa dengan muka cerianya seoalah-olah tiada apa yang berlaku.

Aku terus ambil Hadif dan berterima kasih kepada lelaki itu. Berkali-kali aku ucap terima kasih. Dari jauh aku nampak isteri aku berlari-lari mendapatkan kami. Dia terus 'merampas' Hadif dari aku dan menangis-nangis sambil mencium Hadif.

Aku tidak pula bertanya kepada lelaki yang menemui Hadif itu di mana dan bagaimana dia boleh menemui Hadif. Aku bersyukur kerana orang di pasar itu semuanya prihatin.

Ramai orang di sekeliling kami pada masa itu. Ada yang mengambil gambar. Masing-masing mengucapkan syukur kerana Hadif telah di temui. Ada yang menasihatkan kami supaya lebih berhati-hati. Ada juga yang memarahi kami kerana lalai. Aku cuma tersenyum. Aku terima semuanya kerana semuanya salah aku kerana lalai.

Ramai yang cakap Hadif kena beri perhatian yang lebih semasa berada di luar rumah sebab dia susah untuk menangis. Walau orang lain yang mendukungnya dia tetap tersenyum ceria. Selepas itu kami terus membayar harga tudung dan dapatlah diskaun 5 ringgit disebabkan peristiwa itu.

Kami terus balik rumah. Hari itu kami betul-betul 'penat. Kejadian itu betul-betul menginsafkan kami. Kami bersyukur tidak terhingga kerana terlepas dari kejadian yang tidak di ingini.

0 comments

Aku Dan Waktu Bosanku

Di sini dan dikesempatan ini dalam ruang yang sepi dan muram ini ingin aku mencoretkan sesuatu yang terpaksa aku coretkan demi mengisi masa-masaku yang terluang dan terkosong ini. Dalam aku menyusun atur setiap patah kata sehingga terbentuknya satu ayat yang lengkap, aku masih tidak tahu apa yang patut aku coretkan di sini. Aku mengetuk-ngetuk setiap huruf-huruf di papan kekunci yang boleh di kategorikan sebagai bahan antik yang tiada nilai lagi dipasaran terbuka mahupun pasaran gelap sambil berfikir tentang apa isi-isi coretan aku pada kali ini.

Aku mengetuk lagi dan menaip lagi tanpa arah dan hala tuju. Entah berapa baris ayat aku sudah taip dan berapa nokhtah sudah aku lewati namun aku masih buntu mencari sesuatu yang dapat aku coretkan disini. Aku berhenti menaip sekejap kerana ada satu panggilan telefon yang perlu aku jawab.

(Selepas 2 minit)

Aku kembali lagi dan menaip lagi di sini tanpa tahu apa yang perlu aku taip. Walaupun aku tidak tahu apa-apa untuk ku taip tapi aku tetap menaip juga demi menampakkan kesibukan aku di ruang kantor ku ini. Ah! Kenapa aku tertaip kantor? Adakah aku seorang warganegara Indonesia? Perlukah aku memeriksa kad identiti diri ku? Nggak perlu rasanya. Ternyata gue ini orang Malaysia. Makanya gue nggak perlu risau tentang bapak-bapak polisi di luar sana.

Aku rasa pengaruh-pengaruh dari seberang banyak mengisi hari-hariku. Setiap hari lubang telingaku ini amat senang sekali mendengar alunan lagu dari seberang sana. Pulang sahaja dari kantor isteriku pula suka benar menonton rancangan Pinokio dan Peri Biru. Cerita itu walaupun semacam kisah dongeng tetapi mudah menarik minat kita untuk terus setia menontonnya.

Cerita Pinokio ini jugalah yang menyempitkan pengetahuanku tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku di dalam dan di luar negara kerana aku seringkali terlepas menonton Buletin Utama. Cerita ini bakal tamat pada 28 Mac 2008 dan aku telah berpesan kepada isteriku supaya jangan cuba berjinak-jinak dengan cerita yang bakal menggantikan cerita Pinokio itu. Masa tayangan cerita itu amat tidak sesuai kerana ditayangkan pada jam 8.00 malam selama satu jam.

Ada satu lagi pengaruh Indonesia yang aku hampir-hampir terlupa yang mengisi hari-hari ku iaitu Mak Cik Cleaner di kawasan apartment rumah ku. Dia sering juga menegur aku jika terserempak dengan aku. Aku pun ada juga yang menyapanya dahulu. Cuba untuk menunjukkan diriku ini peramah juga orangnya.

Aku cuba mebelek-belek balik apa yang sudah aku taip. Aku rasa agak panjang juga dan cukup mampu untuk membuatkan orang bosan membacanya. Tetapi aku masih ingin menaip lagi walau aku tidak tahu tentang apa yang perlu aku taip. Aku menaip lagi tanpa henti dan tanpa bimbang akan kebuntuan akal ku dalam mencari isi-isi coretanku ini. Aku tidak akan sesekali membiarkan benak fikiranku ini mencapai tahap kebuntuan yang akan menghentikan penaipanku ini. Akan ku taip apa sahaja yang terlintas. Tanpa perlu memikirkan apa-apa.

Perlukah aku mengkategorikan penulisanku ini sebagai 'Menulis gaya bebas' kerana tidak perlu merangka apa-apa. Tidak perlu memikirkan tajuk dan isi-isinya. Hanya membiarkan jari jemariku yang tidak begitu runcing ini menyusun huruf menjadi perkataan dan seterusnya menjadi satu ayat yang boleh di baca walau mungkin tidak difahami oleh sesetengah orang.

Aku sudah memasuki muka surat baru di Microsoft Word ini tetapi masih tidak tahu hala tuju coretanku ini. Aku bertekad walau sampai ke nokhtah yang terakhir pun aku masih belum tahu apa pengisiannya aku tetap akan meletakkannya di dalam blog aku itu. Biarlah apa orang hendak kata. Aku tidak peduli asalkan aku tidak dilanda kebosanan.

Kadang-kadang kita perlu melakukan sesuatu untuk mengisi masa kita agar tidak bosan. Salah satu cara yang aku praktikkan ialah dengan menulis. Dahulu aku suka menulis cerpen, cerita bersiri dan sajak-sajak. Kali ini aku tiada idea untuk menulis semua itu. Mungkin itu bukanlah kebolehanku. Merapu seperti ini mungkin kebolehanku yang sebenar-benarnya.

Aku rasa pemerapuan aku sudah tiba ke penghujungnya. Aku harap sesiapa yang membaca ini janganlah memarahi aku atau menyalahkan aku kerana membazirkan masa anda yang berharga itu dengan membaca pemerapuan aku ini. Sebelum berundur izinkan aku mencari tajuk yang sesuai untuk aku letak di atas hasil pemerapuan yang tidak seberapa ini. Apa tajuk yang sesuai? Aku suka letak tajuknya seperti 'Aku Dan .....' Mungkin tajuk 'Aku Dan Sesuatu' nampak sesuai. Ataupun 'Aku Dan Kebosanan'.

Penaipan aku ini terganggu seketika kerana aku buntu untuk mencari tajuk yang sesuai. Aku berhenti menaip dan terus berfikir. Aku masih tercari-cari lagi. Meneroka di segenap pelusuk akalku mencari tajuknya. Aku memalingkan mukaku ke kiri dan terus memandang rakan sekerjaku sambil berfikir tanpa berkelip. Dan dia membalas pandangan aku dengan raut muka yang menampakkan kebingungan yang ketara.

Dan dia bertanya,

"Apasal kau pandang aku?"

"Sebab kau handsome", aku berkata sambil tersenyum.

"Ada hutang ke?" dia bertanya aku lagi.

Itulah jawapan tipikal setiap kali kita memandang seseorang. Samada kita sedar atau tidak, itulah pertanyaan balas yang kita dapat jika kita memandang seseorang itu tanpa berkelip. Apa kaitannya dengan hutang? Adakah ini cara menuntut hutang? Pastinya Ah Long lagi suka memandang orang seperti aku pandang rakan sekerjaku itu. Mungkin rakanku itu selalu berhutang dan dia sudah biasa akan pandangan menuntut hutang ini.

Di sini ingin aku tegaskan bahawa pandangan aku kepadanya tadi tiada sedikitpun unsur-unsur menuntut hutang. Aku hanya memandangnya dalam keadaan otakku berfikir ligat mencari tajuk bagi coretan merapu ku ini. Itu sahaja, tiada niat lain.

Berbalik kepada tajuk coretan ini, aku ingin menajukkannya dengan 'Aku Dan Waktu Bosanku". Buat masa ini hanya ini yang termampu aku tajukkan coretan ku pada kali ini. Baiklah ada masa kita bertemu lagi dalam pemerapuanku yang lain. Sekian sahaja buat kali ini.

0 comments

Hadif Yang Terkini #11

• Memberanikan diri memegang Miah

• Beraksi di samping Miah

• Hadif menegur Miah (Hadif kata kucing bunyinya miah..bukan meow)

3 comments

Hadif Yang Terkini #10





• Aksi-aksi Hadif meminum air kotak.

1 comments

Aku Dan Hadif

Sementara aku masih berada di alam dan suasana yang bosan ini, aku ingin mengisi ruang-ruang yang bosan ini dengan menceritakan perihal aku dengan Hadif. Antara seorang ayah dan anak. Ini satu peristiwa yang baru berlaku malam tadi.

Malam tadi aku dan isteriku sedang asyik menonton TV, Hadif pula leka bermain dengan bola-bolanya berhampiran dengan meja makan. (Dia ada banyak bola, kalau pergi mana-mana hanya bola yang dia selalu merengek untuk dibelikan) Dia selalu bermain seorang diri. Bak kata orang syok sendiri.

Tiba-tiba terdengarlah satu bunyi yang kuat. Bunyi yang terus menyedarkan kami berdua dari terus dibuai keasyikan menonton rancangan TV. Aku pun terus bergegas ke tempat kejadian. (Macam pegawai penyiasat). Aku mendapati ada sebuah kerusi terbalik dan betul-betul berada di sebelah suspek (Hadif). Suspek itu berada dalam keadaan yang ketakutan dan hampir-hampir kebingungan. Dengan raut wajah yang menampakkan situasi yang cemas, suspek itu memandang wajahku. Mungkin meminta penjelasanku mengenai peristiwa sebentar tadi. Atau mungkin cuba untuk memberitahu aku bahawa dirinya tidak bersalah.

Aku terus menghampiri suspek itu. Tiba-tiba suatu rasa yang tidak begitu asing bagiku menyelinap masuk dalam rongga-rongga perasaanku. Aku cuba mengamati dan memahami rasa itu. Rupa-rupanya aku tengah marah. Tanpa membuang masa aku terus menzahirkan rasa itu dengan memarahi suspek itu.

"Lain kali mainlah lagi dengan kerusi tu! Nasib baik tak kena kaki! Pergi duduk kat ibu!" aku memarahi suspek itu sambil mengangkat kembali kerusi itu.

Suspek itu kelihatan sedih. Airmatanya mula merembes keluar. Setitik demi setitik menitis mengalir di pipinya yang halus itu. Dia masih memandang aku dengan linangan airmata dan diselangi bunyi esakannya. Dilihatnya aku masih dalam keadaan marah, dia terus berlari mendapatkan ibunya yang sedari tadi hanya memerhatikan adegan kami berdua.

Suspek terus menyembamkan mukanya di dada ibunya dengan esak tangis yang begitu sedih. Sesekali suspek itu mengangkat mukanya dan memandang aku. Cuba meraih simpatiku. Airmatanya masih berjejeran keluar dari matanya yg redup itu. Perasaan simpati menguasai diriku. Aku menghampirinya dan terus mendukungnya. Dalam waktu itu juga aku sedar bahawa aku bukanlah pegawai penyiasat yang sedang menyoal siasat pesalah.

Semasa berada dalam dukungan aku, Hadif (suspek tadi) terus memeluk leherku dan mencium pipiku berkali-kali. Adakah ini satu rasuah untuk menutup kesalahannya? Aku tertanya-tanya. Buat apa dia hendak merasuah aku, aku bukanlah pegawai penyiasat lagi. Dia masih lagi mencium dan menekan mukanya di pipiku yang tidak segebu dan semulus 10 tahun yang lalu. Perlakuannya itu menyebakkan hatiku. Airmataku seakan ingin megalir keluar tetapi dengan sedaya upaya dan segala keringat yang ada ku tahan airmata itu dari keluar.

Aku tahu dia cuba memujuk hatiku kembali. Ingin meminta maaf. Cuba meyakinkan aku bahawa apa yang telah terjadi tadi bukan kehendak dan kemahuannya. Mungkin dia cuba menyatakan bahawa dia seperti jua insan lain yang tidak mahu melakukan sesuatu yang salah. Aku pun membalas ciumannya dan memeluk dirinya itu. Aku usap-usap kepalanya dan menyeka airmata di pipinya itu. Aku mengeletek dadanya dan dia kembali tersenyum dalam keadaan matanya yang bengkak akibat menangis tadi.

Aku terharu dengan apa yang terjadi itu. Sesuatu perkara yang tidak ku sangka berlaku.
Aku bertanya kepada isteriku,

"Kenapa Hadif macam ni ek. dah kena marah pastu duk cium-cium abang plak"

Isteriku menjawab,

"Dia sedih la sebab abang marah dia... Abang kan selalu manjakan dia... Tiba-tiba marah dia, mestilah dia sedih... Dia cium tu dia nak pujuk abang lah tu"


Aku sedar Hadif tak pernah ambil kisah kalau orang lain memarahinya. Dia hanya buat muka selamba sahaja bila orang lain memarahinya. Terutama sekali ibunya. Dia hanya gelak bila ibunya sedang memarahi dirinya itu.

Aku bukanlah terlalu manjakan dia. Cuma aku suka melayan dia bermain. Suka melayan karenah dia. Bila aku balik kerja pasti dia akan ajak aku bermain-main dengan dia. Hadif memang rapat dengan aku. Dia suka tidur meniarap atas dada aku. Setiap kali hendak tidur pasti dia akan mencari aku.

Setiap kali orang menyakat atau mengusik dia pasti dia akan menjerit "Ayahhhh...!".
Kalau dia tidak dapat ambil mainan dia yang tersepit pun dia akan jerit "Ayahhh...!"
Biasanya budak-budak akan menyebut ibu atau emak. Hadif lain sikit.

Apabila dia demam barulah dia manja dengan ibunya. Bila dia terjatuh pun begitu juga, ibunyalah tempat dia mengadu. Ada sesuatu perkara dia suka buat dengan aku. Begitulah sebaliknya.

Panjang pemelalutan aku kali ini. Mungkin ada yang tidak faham dengan apa yang aku cuba sampaikan. Aku tidak kisah asalkan masa bosanku ini terisi juga akhirnya.

0 comments

Rintihan Silam

ku pernah miliki hatimu sepenuhnya
kudakap jiwamu seluruhnya
kau mengisi seluruh jiwaku
selengkap jiwamu adalah untukku
sepenuh duniaku hanya milikmu
namun kau bukan milikku abadi

kini..
jiwaku melayang bersama dirimu
di atas alam bayanganmu..
jiwaku berselerak
dalam dunia kosong yg tak bertempat

mengapa cinta kita tak bertahan
walau dalam lingkaran kesetiaanku yg tak bertepi?

mungkinkah sisa-sisa rindu ini akan terubat?
semua terasa sesak..menyesakkan!
semua terasa resah..meresahkan!
semua menjadi rasa yang kekal
adilkah ini untukku?

0 comments

Kalaulah...

indahnya pantai bertemankan ombak
tiada sunyi tidak akan pernah sepi
desiran angin tenang mendamaikan
hatiku yg kacau menjadi tenang..

hembusan bayu lembut menyapa
bawalah pergi rindu ku ini
hantarkan padanya yg jauh di sana
agar tiada rindu yg tersimpan

ku susuri sepi di pesisiran pantai
mengorak langkah tanpa arah
"kalaulah kau ada bersamaku
bersama2 mengukir kenangan di pantai ini"
indahnya...

6 comments

Hadif Yang Terkini #9

• Sedang memastikan stereng dalam keadaan terbaik sebelum perlumbaan.


• Hadif teruja untuk mencuba permainan yang lain pula



• Di taman sedang memerhatikan burung-burung berterbangan

4 comments

Hadif Yang Terkini #8

• Bergaya di tepi almari.

• Menunggu gambarnya di ambil


• Dipaksa senyum


• Duduk je la..

6 comments

Hadif Yang Terkini #7

• Asyik dengan putingnya..hehe

• Serious je muka


• Dah bosan ni


• Gaya yang hampir sama

• Kenapa bukak almari tu..nmpkla yang bersepah tu..hehe

0 comments

Jejak-jejak Luka

semalam..
aku berada di tepian nafasmu
kau senyum tanpa angkuh
kau sambut diriku dgn redup matamu
tidak kau toleh pada luka lalu

tidak sedikit pun kau hirau
akan duri onak tajam
yg pernah dan sedang merejam
jejak-jejak hidup kita

maafkan aku
kerana lari dari jejak-jejakmu
walau berkali kau cuba yakinkanku
untuk terus menanti dan menanti
saat nafas kita akan bersatu

tika itu aku lari menjauh
terasing dari semuanya
ku peluk erat luka deritaku
perit aku menahannya..

aku cuba bangkit kembali
ku dongak dan terpandang
ada satu tangan terhulur
hanya menanti untuk ku sambut


ku capai dan ku sambut
walau ianya bukan dirimu
asal dapat ku tinggalkan
jejak jejak kelukaan itu

dan kini...
kita masih terus begini
cuba mencari jejak-jejak lama
yang telah kita tinggalkan...

5 comments

Hadif Yang Terkini #6

• Gaya seorang model.


• Hadif menolak stroller adiknya.


• Menikmati aiskrim

0 comments

Hadif @ Rumah MakNgah

BubbleShare: Share photos - Find great Clip Art Images.

0 comments

Hadif D'Kampung

BubbleShare: Share photos - Find great Clip Art Images.

0 comments

Hadif Di Kampung

BubbleShare: Share photos - Play some Online Games.

0 comments

D'KFC semasa cuti CNY

BubbleShare: Share photos - Find great Clip Art Images.

0 comments

Keluargaku D'KFC

BubbleShare: Share photos - Find great Clip Art Images.

8 comments

Hadif Yang Terkini #5

• Bersama teman baru


• Menunjukkan sesuatu kepada teman baru

• Menghubungi yang jauh di mata

• Masih di talian

• Terpesona melihat aksi seoraang jurugambar cuba mengambil gambarnya