Semalam masa tgk cerita Na O Mei tu duk layan la Hadif lukis-lukis...macam2 dia suh lukis..ultraman la..basikal dia la..pastu dia suh lukis Ben 10 sama macam kat baju dia..ayah dia ni pun lukis la, pastu jadi la Ben 10, then ibu Hadif tgk dia ckp sebijik cam Ben 10, pastu dia suh lukis muka Hadif..dan inilah hasilnya..hehe..lukis guna pensil kaler biru je ni..
Percubaan melukis potret
| Created by zam | at 10:01:00 AM
Nuffnang : 3 minggu tanpa perubahan
Masih kekal RM 6.50 sejak 3 minggu yang lepas walaupun bilangan visitor masih melebihi 1000 seminggu.
| Created by zam | at 9:26:00 AM
| Labels Nuffnang
Dah besar...
aku rasa skang hadif dah cukup besar dah...macam org dewasa kadang2 cara cakap dia..tak macam umur 3 tahun...kadang2 aku sembang ngan dia mcm sembang ngan member2 je..
semalam masa kitorang pi pasaraya, dia aku letakla dlm trolli..tgh jalan2 tu hadif tegur aku, "ayah..ada kotor kat spek ayah tu..xcantik..meh hadif lapkan" ...tersenyum je aku dgn keletah dia.. dia mmg camtu, kalau rambut kita nmpk serabut pun dia tegur..suh sikat rambut..
Seronok je bila dia dah besar camni.. leh jadi kawan aku..
| Created by zam | at 9:21:00 AM
Minggu kedua bersama Nuffnang
Paparan di atas adalah jumlah pendapatan setelah dua minggu bersama Nuffnang. Pada minggu pertama mendapat RM1.25. Minggu kedua pula sebanyak RM2.25. Jadi jumlah pendapatan keseluruhan adalah sebanyak RM3.50 iaitu peningkatan pendapatan sebanyak 80% yang di hasilkan pada minggu kedua berbanding pada minggu pertama.
Nota Kaki : Macam laporan BSKL je..hehe
| Created by zam | at 10:24:00 AM
| Labels Nuffnang
Harapan
Damai hati terang sudah
Perjalanan yang kita harung bersama
Pasti engkau kan bertanya
Apakah kita ini dijadi untuk mencari
Erti ikatan yang seakan dijanji
Kita insan yang berharapan
Engkau dan aku kasih dalam gelombang
Derita ku hanyalah semalam
Kau sentuh hatiku dan menggegarkan
Kemarau hiba telah kubendung
Rampaian kasihku didalam hati rindu
Berdendang dan menari lagu kita..
Antara lagu yang sering aku dengar. Lagu Harapan dari kumpulan Wings.
| Created by zam | at 9:54:00 AM
| Labels Coretanku
Semalam Yang Terlihat (2)
Seketika aku ke sana
Menjejak jejak semalam
Mencari diriku lagi
Mentafsir salah dan silap
Aku tidak akan dapat ubah
Sesuatu yang telah berlalu
Aku hanya dapat melihat
Dan mencari sebuah pedoman
Kini aku kembali ke hari ini
Dan aku masih aku yang sama
Masih kekal seperti semalam
Akan beginikah aku selamanya?
Hanya aku bisa mengubahnya
Dan pada takdir aku berserah
Pasrah aku akan ketentuan-Nya
Semoga hariku berlalu sempurna...
| Created by zam | at 9:05:00 AM
| Labels Puisi
Bercuti di China (Great Wall)
Nota kaki : Semoga menjadi kenyataan.
| Created by zam | at 4:12:00 PM
| Labels My edited images