Kami ingin memohon maaf atas segala salah dan silap. Semoga Aidilfitri tahun ini memberi kebahagian buat semua. Berhati-hati ketika memandu.
Selamat Hari Raya
| Created by zam | at 11:10:00 AM
Ilman Hadif Berpuasa Penuh!

Hari ni genap 10 hari dia berpuasa penuh... Dia cakap nak puasa sampai raya, taknak tinggal satu pun! Bagus anak ayah ni. Harap dapat jadi anak yang soleh boleh bimbing adik Aisha Amani..
| Created by zam | at 11:26:00 AM
Semakan Harga Saham Felda FGVH yang terkini
Harga terkini:- *
3 Julai 2012 :
- RM 5.44 pada jam 3.03 p.m
- RM 5.46 pada jam 5.15 p.m
4 Julai 2012 :
- RM 5.49 pada jam 9.20 a.m
- RM 5.50 pada jam 5.05 p.m
5 Julai 2012 :
- RM 5.53 pada jam 9.00 a.m
- RM 5.48 pada jam 4.53 p.m
13 Julai 2012 :
- RM 5.35 pada jam 3.28 p.m
Nota kaki : Harga yang di beli peneroka RM4.55
*Akan di update dari masa ke semasa.
Sumber : www.bursamalaysia.com
| Created by zam | at 3:26:00 PM
Nur Aisha Amani
Semalam genap usia dia 4 bulan. Alhamdulilah dia membesar dengan sihat tanpa ada apa-apa masalah. Syukur juga dia dapat menyusu dengan susu ibu sepenuhnya! Dari segi perkembangan dia pun tiada masalah, usia dia 2 bulan setengah dah boleh meniarap. Harap dia akan kekal sihat selamanya.
| Created by zam | at 11:49:00 AM
Permata hatiku yang kedua

Anakku yang kedua ini telah selamat di lahirkan pada 2hb Mac 2012. Dilahirkan secara normal. Kami memberi nama Nur Aisha Amani. Kehadirannya melengkapkan lagi keluarga kami. Syukur ke hadrat ILAHI.
| Created by zam | at 10:28:00 AM
Sekitar Hari Sukan Pra-Sek Hadif pada 24 Jun 2012
Bergambar sebelum masuk pagar sekolah
Kami hadir memberi sokongan.
Hadif dalam perbarisan tabik hormat.
Kecewa kerana tiada satu acara sukan pun melibatkan murid Pra-Sekolah pada tahun ini. Sepatutnya buatlah beberapa acara untuk murid Pra-Sekolah.

Selepas sukan (kami balik awal-sekitar pukul 10.00 pagi) kami pergi jalan-jalan di capital Mall.
| Created by zam | at 10:15:00 AM
Aku
aku
mencari aku dalam dia
mencari makna yang tersembunyi
mencari damai dalam kalut
mencari dingin dalam api
ku tahu
dalam dia tiada aku
yang tersembunyi tidak terlihat
dalam kalut tiada damai
dalam api tiadanya dingin
bilakah...
kan ku jumpa aku?
yang tersembunyi kan terlihat?
yang kalut kan jadi damai?
yang panas akan kembali dingin?
| Created by zam | at 11:38:00 AM
Kaku
Menerobos ke dinding alam
Melihat mencari makna
Melilau segenap arah
Kaku kaki terpahat
Harapkan suria akan muncul
Menerangi alam gelapku...
| Created by zam | at 8:53:00 AM
| Labels Puisi
S.E.P.I.
kelam malam menghambat resah
titisan gerimis mengalun irama sunyi
mengulit malam-malam sepiku
mengimbau bait-bait kenangan
titisan airmata rindu, hiba dan pilu
menjadi seacangkir penawar dan azimat
untukku mendepani hari-hari gusar dan resahku
menjadi pedoman untukku
irama malam bunyian alam
makin jauh sayup terdengar
bagai mengundang lenaku
biarlah ku lena di ulit mimpi-mimpi indah
| Created by zam | at 4:05:00 PM
| Labels Puisi
Aku ditempat baru (Selamat tinggal KL)
Sekarang aku dah keje kat kuantan..dkt dgn rumah mak ayah aku.. Sekian lama merantau akhirnya balik semula ke tmpt asal aku..
| Created by zam | at 7:13:00 AM
Puisi khas untuk PRK DUN Galas
ku rasa panas hangat membahang
walaupun kini sedang berkiPAS
tidak juga cukup untuk mendinginkan
bahang pilihanraya kini mula terasa
percaturan politik memang hangat
kalahkan berita kapalterbang terhemPAS
setiap isu dikuPAS-kuPAS
sampaikan tiada apa yang terlePAS
hajat menggunung tinggi melangit
ingin meramPAS takhta di atas
manifesto di rangka di canang sudah
janganlah nanti bila di atas
kita dibawah dijadikan hamPAS
asyik berkempen di sana-sini
berpanas berhujan katanya pengorbanan
janganlah sampai kulit menggeluPAS
kesihatan juga perlu di jaga
kalau sakit kempen terganggu.. :)
sumbatlah kaPAS ke dalam telinga
kalau bosan asyik mendengar
segala tipu helah mainan politikus
sandiwara hebat realiti belum PASti
PASrah ku nanti segala kemungkinan...
| Created by zam | at 9:10:00 AM
Jangan dibuang bayi itu!

jangan dibuang bayi itu
dia suci tiada dosa
jangan dibuang bayi itu
dia berhak melihat dunia
jangan dibuang bayi itu
9 bulan dia setia bersamamu
jangan dibuang bayi tu
tiadakah sekelumit kasih padanya?
jangan dibuang bayi itu
bukankah kerana cinta dia terwujud?
jangan dibuang bayi itu
dia lebih layak hidup berbanding dirimu!
| Created by zam | at 9:05:00 AM
| Labels Puisi
Aku bukan siapa-siapa
Larilah dari rindu itu
Ia tidak akan membawamu kemana-mana
Lepaskan segala resah terbeban
Ia tidak memberimu apa-apa
Sampai bila-bila tetap begitu
Aku bukan siapa-siapa
Sekadar hanya angin lalu
Yang sesekali datang menghembus
Untuk apa terus berharap
Rentak kita tidak seirama
Akan pincanglah langkah tari..
| Created by zam | at 12:14:00 PM
| Labels Puisi
Buffered earnings from Nuffnang
Hari ni masa aku bukak nuffnang aku tgk la earnings aku..tgk2 aku dapat 5 buffered earnings dari nuffnang..satu dah masuk metered earnings..dah 5-6 bulan baru dapat buffered earnings ni..dah dapat buffered earnings ni duitnya nmpk banyak le masuk..hehe..harap2 pihak nuffnang akan bg lg la buffered earnings ni..1st time dapat nih..!
| Created by zam | at 12:29:00 PM
Hasil penulisanku terpapar di blog orang lain
Dalam aku xde keje kat opis ni..aku menggoogle la beberapa keyword dari cerpen aku untuk cari kot2 ada org copy paste.. akhirnya terjumpa la cerpen aku yang aku tulis sendiri bertajuk Pengorbanan terpapar di blog miziecali[klik] dan di webkldotnet [klik] tapi dorg xde la plak tulis siapa penulis & dari mana diorg ambik.. aku tak kisah pun..happy ada la sbb apa yg aku tulis ada org suka..
maknanya cerpen aku tu boleh tahan jugak la sampai ada org copy & paste dalam blog diorg..hehe..
| Created by zam | at 3:09:00 PM
| Labels Coretanku
Seperti dulu

kini semua telah berubah
taman di tepi tasik itu
tempat pertemuan pertama kita
pun turut berubah...
apa yg tak berubah?
aku mula mencari
kurasakan semua telah berubah
mengikut detik-detik waktu
cuma satu yang tak berubah
iaitu ikatan antara kita berdua
dan rasa yang kukuhkan ikatan itu
pun turut tidak akan berubah..
| Created by zam | at 11:08:00 AM
| Labels Puisi
Sedingin bayu yang menghembus

Ku cuba telusuri tiupan angin
Melawan arus ku cari puncanya
Dari mana hembusan bermula
Dan kemana pula arah di tuju...
Di dalam perjalananku itu
Ada debu kerap menerpa
Kadangkala menyakitkan mata
Sesekali sesakkan nafasku..
Untuk apa pencarian itu
Jika hanya menyakitkan?
Nikmatilah saja hembusannya itu
Dingin membelai tenangkan jiwa...
| Created by zam | at 9:02:00 AM
| Labels Puisi


