Showing posts with label Coretanku. Show all posts
Showing posts with label Coretanku. Show all posts
6 comments

Hasil penulisanku terpapar di blog orang lain



Dalam aku xde keje kat opis ni..aku menggoogle la beberapa keyword dari cerpen aku untuk cari kot2 ada org copy paste.. akhirnya terjumpa la cerpen aku yang aku tulis sendiri bertajuk Pengorbanan terpapar di blog miziecali[klik] dan di webkldotnet [klik] tapi dorg xde la plak tulis siapa penulis & dari mana diorg ambik.. aku tak kisah pun..happy ada la sbb apa yg aku tulis ada org suka..
maknanya cerpen aku tu boleh tahan jugak la sampai ada org copy & paste dalam blog diorg..hehe..

5 comments

perangai manusia..


salah ke ek aku puji anak aku sndiri? aku xsakitkan hati org pun..aku puji anak aku comel pun xsemestinya anak org lain xcomel..budak2 semua comel.. aku xfaham la bila ada yg cakap "eleh..ingt comel sgt le tu" ...

4 comments

Percubaan melukis potret

Semalam masa tgk cerita Na O Mei tu duk layan la Hadif lukis-lukis...macam2 dia suh lukis..ultraman la..basikal dia la..pastu dia suh lukis Ben 10 sama macam kat baju dia..ayah dia ni pun lukis la, pastu jadi la Ben 10, then ibu Hadif tgk dia ckp sebijik cam Ben 10, pastu dia suh lukis muka Hadif..dan inilah hasilnya..hehe..lukis guna pensil kaler biru je ni..

1 comments

Dah besar...



aku rasa skang hadif dah cukup besar dah...macam org dewasa kadang2 cara cakap dia..tak macam umur 3 tahun...kadang2 aku sembang ngan dia mcm sembang ngan member2 je..

semalam masa kitorang pi pasaraya, dia aku letakla dlm trolli..tgh jalan2 tu hadif tegur aku, "ayah..ada kotor kat spek ayah tu..xcantik..meh hadif lapkan" ...tersenyum je aku dgn keletah dia.. dia mmg camtu, kalau rambut kita nmpk serabut pun dia tegur..suh sikat rambut..

Seronok je bila dia dah besar camni.. leh jadi kawan aku..

2 comments

Ilman Hadif



Kali ini aku ingin bercerita mengenai anak tunggal aku Ilman Hadif. Sejak akhir-akhir ini perangai dia banyak berubah. Kenakalan dia sudah kurang. Lebih mendengar kata. Dia jadi mudah menangis & sensitif. Marah sikit dia sudah teresak-esak. Jika dia buat silap pun dia akan teresak-esak dulu dengan muka bersalah memandang kita. Jika di tanya dia akan jawab "Nanti ayah marah...". Sedih aku jadinya.

Hendak kata aku garang tidaklah sangat, tetapi setiapkali dia buat salah pasti aku tegur & marah tetapi tidaklah marah melampau-lampau. Pukul jauh sekali (kadang-kadang ada juga terpukul). Perubahan sebegini pasti aku sebagai ayah dia suka tetapi cara dia takut pada aku itu yang buat aku sedih.

Dia masih tetap rapat dengan aku. Suka bermain-main dengan aku. Suka tidur dengan aku. Yang itu tidak berubah. Keceriaannya pun tidak berubah.

Nota Kaki : Aku tidak garang rasanya, tetapi setiap aku suruh mesti aku akan pastikan Hadif akan buat.

3 comments

Part Time Job : Pelukis Ultraman & Cicak

Malam tadi (sebenarnya tiap-tiap malam) aku terpaksalah melayan Hadif dengan alatulis & buku dia sambil tengok TV. Macam-macam dia suruh aku lukis seperti Ultraman, Thomas & Friends, katak dan cicak! Hehe...

Paling kerap dia suruh lukis ialah cicak dan Ultraman. Terpaksalah melayan. Buku sketch dia tu dah penuh dah. Di penuhi lakaran cicak-cicak. Terpaksalah ambik diary planner aku ni untuk lukis Ultraman Tiga dia. Hadif dia lebih suka kita lukis kemudian dia nak teka apa yang kita lukis.

Nasib baik Ultraman Tiga aku lukis dia boleh cam lagi. Kalau tak terpaksalah aku lukis sampai dia boleh teka Ultraman apa yang aku lukis. Kadang-kadang geram juga sebab tak selalunya apa yang aku lukis menepati kehendak dia. Kadang-kadang tak jadi!

Nota kaki : Ada rupa Ultraman Tiga tak?



5 comments

Chipsmore!

"Hadif dah jumpa..satu tak cukup..nak dua"

"adif suka sgt biskut chipsmore.."


3 comments

Raya

"Keluarga besar aku, anak-anak, menantu & cucu-cucu mak ayah aku"

"Mak ayah, adik beradik n ipar duai aku..tapi hadif nak bergambar jgk.."

"adik manja aku..sian dia demam, hehe"

"adik aku & "kami"


Pagi raya lepas semua dah bersiap kitorg makan nasi himpit dulu pastu pegi smbhyang raya..lepas balik sembahyang sessi bersalam-salaman, bermaaf-maafan dan ber'angpau-angpauan'..termasuk jugak sessi bergambar.. (gambar kat atas tu je sempat aku ambik..tu pun ambik dari henpon adik aku, digicam xde bateri..tu yg gambar xclear sgt tu)


Pagi tu semua ahli keluarga aku ada kecuali famili kakak aku yang sulong je sebab dia balik beraya kat kelate.. sedih plak aku rasa sbb selalunya kitorg mmg akan buat giliran yg sama tiap2 tahun.. tahun ni sepatutnya semua beraya pertama umah mak ayah aku..


hari raya pertama aku xkemana2 pun sebab ramai sgt tetamu dtg umah..aku pergi jalan umah2 jiran je..adik pompuan aku plak demam..bawak pi hospital..sib baik xmasuk wad..sepatutnya kena tahan wad..tp doktor bg jgk balik..sian dia..hehe

hari raya pertama mak aku masak nasi minyak ala terengganu + gulai ayam + acar + sambal belacan ala terengganu, ketupat palas, rendang daging (zura yg masak..adik beradik aku suka masakan zura..hehe), nasi himpit + kuah kacang + sambal ikan. raya kedua plak mak aku masak nasi dagang. aku mmg suka nasi dagang mak aku masak..sedap!


raya kedua aku dah balik ke umah mertua..kat umah mertua aku byk berjalan skit..pegi umah kawan2 zura la..umah pakcik aku.. hadif byk gak dapat duit raya..tp kalau dia dah pegang angpau sure dia xnak dah kalau org bagi lg sbb dia ckp dah ada..dah cukup dah..hehe..


sekian...

4 comments

Hadif demam..


sepanjang cuti merdeka ni dia xsihat je.. memula batuk, pastu tambah plak selsema.. masa birthday dia start demam.. kali ni dia xaktif dah masa demam..biasa walau demam dia tetap aktif.. kali ni asyik berdukung n berkepit ngan aku je.. tp demam2 pun mulut byk gak..hehe..ada je benda nak ckp.. yang lawaknya dia nak berdukung dia ckp camni "ayah...dukunglah adif..adif tak boleh jalan dah..."


klinik dah dua kali pergi dah.. malam tadi gilir2 le jaga dia.. letak cool fever.. malam td terkejut aku dia bangun dlm kul 2 pagi dia kejut aku dia tunjuk kat siling tu dia ckp takut.. "tgk tu ayah..apa kat atas tu..adif takut.. " menggigil dia peluk aku.. nasib baik la hadif jenis xmerengek..


hari ini ibu dia ambik cuti jaga dia.. kalau xbaik jugak aku lak kena jaga dia esok..harap2 dia ok la..cepat sembuh..

3 comments

Merdeka! Happy Birthday Hadif


31 Ogos ni maka genaplah usia Hadif 3 tahun...
sekejap je masa berlalu..
dah besar dah anak teruna aku tuh...
Bercakap pun dah lancar...
lagi banyak cakap pun ada...
jenuh nak melayannya.. hehe
Tengah fikir ni nak bg hadiah apa kat dia...
esok balik kampung zura plak...
sambut bday hadif kat sana le..
malam ni rasanya nak pi beli hadiah hadif le..
Selamat harijadi Hadif...
semoga sihat sepanjang masa...

5 comments

Balik Kampung!!


Hari ni keje ½ day je...lepas ambik adik dari Sibu kat LCCT, kitorg akan terus pulang ke kampung halaman di Kemaman. nak sambut puasa kat kampung.. bestnya dapat berbuka puasa beramai2 ngan family.. nanti nak suh mak masakkan ketupat sotong/sotong sumbat.. behnye.. kalau ada ayam percik lg beh..hehe

doakan kami selamat pergi dan selamat kembali... Amin

Tak lupa juga nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan ibadah2 yang lain di bulan Ramadhan ini...ampunkan salah silap kami dan semoga semuanya diberkati ALLAH s.w.t...

2 comments

makan eskrim

"sedap je.."


"setelah habis di kerjakan kami berdua"


belek2 henpon ternmpk la gambar masa lunch date ngan zura masa anniversary hari tu kat SR.. gambar desert je sempat ambik..ehehe..



13 comments

kejutan kat ofis...


"kad ucapan dari isteri tersayang, xleh tunjuk semua kata2 tu..malu.."

"sejambak bunga ros merah & putih dari zura"

"cantik"

tak sangka lak hari ni aku dapat bunga.. ingtkan nape la kak ila receptionist ofis aku panggil ke lobby depan...rupanya ada sejambak bunga..tq n love u syg.. terharu rasanya...

5 comments

dah 4 tahun kami kawen..


hari ini 13 augustus 2009,
maka genaplah 4 tahun aku dan zura bergelar suami isteri...
pejam-celik2 rasa cam baru je kawen..
rupanya dah 4 tahun...
anak pun dah besar dah..
banyak suka duka kami lalui bersama..
harapan semoga kami akan terus kekal bersama selama-lamanya..
Amin...

4 comments

momokkk!!

"momok merah"


hadif skang suka sangat wat mata momok tuh..dari mana dia blaja tatau la.. suka sgt dia lipat kelopak mata dia tuh.. tgk dia wat cam senang je..tekan2 jari atas kelopak mata dia terus jadi cam dalam gambar tuh.. bila dah jadi momok tu ibu ngan ayah dia kena takut la.. kalau tak takut nanti momok tu nangis majuk..

6 comments

wajah baru...

skang aku dah jumpa template baru untuk blog aku.. hasil pencarian selama berjam-jam lamanya..hehe..
inilah hasilnya setelah di edit..letih nak melayan html script nih..
rasa cam puas hati je walaupun tak selawa blog puan mimi..hehe

7 comments

Kejamnya kan?



apa la gila sgt perempuan tuh, budak kecik tu pun nak di layan cam binatang lak.. geram lak tgk video nih..
video ni wife aku forwardkan kat emel..

ni info yg aku dapat hasil penggooglelanku pada 24 julai 09

Amah pijak anak majikan kena 2 tahun
Berita Harian 3 Nov 2007
Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar

KUALA LUMPUR: Seorang pembantu rumah warga Indonesia dihukum penjara selama 24 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, selepas mengaku bersalah menolak, menendang dan memijak
anak perempuan majikannya yang berusia tiga tahun, Ogos lalu.

Majistret Tasnim Abu Bakar menjatuhkan hukuman itu terhadap Reni Neken, 27, dari Kupang, Indonesia, berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap, 30 Ogos lalu.

Reni didakwa mencederakan Goh Ceng Yee, 3 tahun, di ruang tamu rumah mangsa di No A2-27-08, Putramas 2 Condo, Jalan Kuching di sini, jam 3.25 hingga 3.40 petang, 28 Ogos lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, mangsa yang dipijak di bahagian perutnya oleh tertuduh sering mengadu kesakitan, namun apabila ditanya punca dia enggan menjawab. Reni bagaimanapun, hanya memberi alasan mungkin kerana mangsa terlalu banyak mengambil minum ‘yogurt’.

Bapa mangsa yang mengesyaki sesuatu kemudian mengambil keputusan untuk memasang video kamera tertutup di ruang tamu rumahnya. Hasil daripada rakaman itu, ibu bapa mangsa mendapati anak mereka didera dengan teruk dan membuat laporan polis.

6 comments

Hadif yang tercedera

"ni gambar kira2 dua jam sebelum kejadian, masa tunggu ibu Hadif"

"ni kesan luka sebab terkena bucu meja kat Giant"

"nampak bengkak je"


"tetap maintain cool je Hadif"


Petang smlm masa balik dari keje singgahlah kat Giant Kelana Jaya sbb kat LDP hiway tu ada kete terbakar...jalan jammed le, so kitorang singgah la kejap kat Giant tu.. masa kat dalam tu Hadif macam biasa la suka jalan sendiri2..tanak pimpin tangan...


pastu masa jalan sampai kat bahagian perabot dia pi panjat satu sofa L shape tu then tergelincir..kepala dia terkena bucu coffee table tu.. melecet la jugak.. menangis la Hadif tu.. tapi sib baik sekejap je.. pujuk2 dia ckp nak beli ubat terus diam.. lepas tu kitorg kuar la, xjadi beli barang.. ibu hadif terus pi beli minyak gamat sapu kat luka tu..


elok je lepas sapu ubat Hadif terus aktif balik...ajak pi playground kat atas sebelah food court tu..bawakla kejap..lama gak dia duk main situ, sib baik xramai org..leh la dia main puas2.. pas tu kitorg balik le..
bangun pagi td tgk luka dia dah surut.. dia ckp xsakit dah..



0 comments

Kami di Tg. Malim.

Sabtu lepas kami pergi ke Tanjung Malim melawat adik aku kat UPSI. Dah lama aku tak pegi jenguk dia kat sana.. Hadif bukan main seronok nak jumpa dgn Mak Anjang dia.. kat sana Hadif asyik main ngan Mak Anjang dia je.. kami lepak kat tasik Proton City

Mak Anjang, Ibu & Hadif

2 comments

Aku dan Sudoku

hari ni aku bosan sgt.. so untuk menghilangkan bosan aku main sudoku kat blog Puan Ekin. aku main games yg sama je la..dua tiga kali gak aku try.. aku bukan terer sangat..main level yg very easy je la.. jenuh gak..tp best main sudoku nih..cam terapi minda lak.. ni la gambar sudoku yg aku main.. semua atas dari 5 minit..


Gambar ni percubaan terakhir aku main..dapat la aku selesaikan dalam masa 6.38 minit


Gambar ni plak mebi percubaan aku yg keberapa ntah.. 8 minit lebih tu..
Background blog puan bayu tu pun nmpk gak..hehe..malas nak edit.. aku nak try sampai aku terer main sudoku nih.. pastu nak beli buku sudoku..wat kat umah..leh jadi hobi baru nih..