Showing posts with label Sketsa Hadif. Show all posts
Showing posts with label Sketsa Hadif. Show all posts
5 comments

Hadif & Azfar




ni lah kawan hadif..azfar namanya, hari² hadif asyik ajak pegi umah azfar je..nak main basikal ngan azfar.. yang paling lawak permintaan dia camni,

"ibu...jom la pi umah azfar.. sian hadif, takde azfar pun...", dia akan ckp dgn muka sedih je..

hahaha..ada ke camtu..

1 comments

Hadif yang suka bercerita...

"Hadif sedang menceritakan sesuatu kepada ibu dia"


hadif mmg suka bercerita...aktiviti harian dia semua dia nak cerita terutama sblm nak tido..mesti dgr dia cerita dulu baru leh tido.. selalu ayat permulaan dia nak cerita mesti camni " tadi kan, hadif pergi.." yang semalam pun kadang2 dia ckp tadi..hehe.. dalam kereta masa balik kerja dgr dia bercerita je la..

smlm kitorg pegi tgk wayang kat One Utama, tgk cite Ice Ace 3.. hadif exited betul la duk dlm wayang tuh.. jadi cemmentator je la keje dia.. bila wat isyarat "syyy" tuh dia cakap ala2 berbisik lak..hehe.. then seperti biasa la bila balik umah sblm tido kena dgr dia cerita balik apa yg dia tgk tu la..

8 comments

Ultraman Ace vs Raksasa

Ultraman Ace hampir di gigit raksasa tetapi masih bersahaja menanti gigitan raksasa itu.

Raksasa makin hampir untuk menggigit peha Ultraman Ace.


Dan akhirnya raksasa itu berjaya menggigit Ultraman Ace.


Tetapi malangnya sedikit pun gigitan raksasa itu tidak berjaya menembusi peha Ultraman Ace.


Hadif masih tidak perasan akan kegetiran yang di alami Ultraman Ace itu.


Dia masih tidak nampak pergelutan raksasa dan Ultraman Ace.


Akhirnya hadif berjaya meleraikan persengketaan yang amat besar itu. Bumi terselamat lagi. Terima kasih Hadif kerana membantu Ultraman Ace menyelamatkan bumi. Sekalung perhargaan dari kami penduduk bumi.

0 comments

Sketsa Hadif #4

Situasi : Dalam kereta dihadapan rumah pengasuh Hadif.

Selepas ayah hadif membuka buckle car seat Hadif, dia terus sedar dari tidur dan pandang kiri kanan. Hadif terus menangis teresak-esak bila dia sudah dapat cam dantahu dimana dia berada.

"Ayah..nanak duk umah mak" ujar Hadif sambil matanya mula merembeskan manik-manik jernih. Teresak-esak Hadif. Aku pun ambil dia dari tempat duduknya. Hadif terus memeluk erat badan aku dengan esak tangisnya yang masih berlum terhenti itu. Aku pun mengusap-usap kepalanya.

"Hadif kena duk umah mak... Nanti petang ayah datang ambik la..." aku cuba memujuk Hadif.

"Nanak..." jawab Hadif.

"Hadif...mari sini, nanti petang ayah bawah pegi jalan-jalan... Nak tak?" Ibunya pula memujuk.

"Nanak..."

Ibu Hadif pun masuk kembali ke dalam kereta.

"Camne ni bang...Hari-hari asyik nangis je dia... Dah dua tahun pun hari-hari macam baru first time je kena tinggal umak Kak Piah tu" kata ibu Hadif.

"Awak ambik je la Hadif ni... Kalau ikut dia tak kerja lah kita," jawab ayah Hadif pula.

Ibu hadif pun terus mengambil Hadif dari pangkuan ayahnya. Hadif terus menangis. Lebih kuat dari tadi. Tadi cuma menangis teresak-esak sahaja.

Sedih melihatkan keadaan Hadif itu. Tidak tahulah kenapa setiap hari Hadif asyik menangis tatkala ingin dihantar ke rumah pengasuhnya. Tetapi berlainan pula sewaktu ayahnya ingin menjemputnya pada sebelah petang. Kadang-kadang Hadif tidak mahu balik. Puas memujuk barulah dia ingin ikut balik.

1 comments

Sketsa Hadif #3

Situasi : Di dalam bilik bersama ayah dan ibunya.

"Hadif... Macam mana Hadif marah?" Soal ayahnya cuba menguji.

"Heyy!!" Jawab Hadif dengan mimik muka yang marah.

"Hadif gelak camne?" Soal ibunya pula.

Hadif pun buat aksinya sedang gelak. Ayah dan ibunya turut tergelak melihat gelagatnya itu.

"Kalau Hadif merajuk camne plak?" Soal ayahnya pula.

Hadif pun terus meniarap dan menekup mukanya pada bantal. Kemudian dia bangun balik sambil senyum dan seakan menunggu pertanyaan dari ayah dan ibunya lagi.

"Kalau Hadif takut?"ibunya bertanya.

"Akut arr" ujar Hadif sambil menekup mukanya dengan tangan.

"Ermmm... Kalau Hadif penat camne?" Soal ayahnya pula.

Hadif terus duduk.

"Enat arr," ujarnya sambil menggayakan dirinya yang kepenatan.

"Kalau berak pulak?" soal ibunya.

"Erhhhhh," jawab Hadif dengan gaya sedang meneran.

Tergelak besar lagi ibu dan ayahnya dengan gelagatnya itu. Hadif pun turut tergelak sama.

"Mana telinga?" Soal ibunya lagi.

Dengan pantas Hadif memegang telinganya dan tersenyum. Hadif sudah dapat mengenali segala anggota badannya sejak berumur setahun lagi. Segala emosi pun Hadif sudah dapat membezakannya. Sama ada marah, takut, malu dan sebagainya.

1 comments

Sketsa Hadif #2

Situasi : Baring di atas sofa dengan ayahnya selepas balik dari menonton wayang cerita Bolt.

"Hadif tadi pergi mana?"

"Abang pi amid (Sunway Pyramid)"

Semua pasaraya atau shoping complex Hadif memanggilnya dengan nama 'amid' atau Sunway Pyramid. Tidak kiralah pasaraya manapun.

"Pergi amid buat apa?"

"Abang ayan yiyi... Naik ande yiyi" (Abang jalan sendiri... Naik tangga sendiri)

Itulah kebiasaan Hadif, suka jalan sendiri. Tidak suka di dukung ataupun dipimpin tangannya.. Naik escalator pun dia hendak naik sendiri. Ayahnyalah yang terpaksa memerhatikan pergerakannya.

"Waahhh... Abang pandai jalan sendiri ya,"

"Antai (pandai)" jawab Hadif tersengih.

"Lagi... Abang buat apa lagi?"

"Abang naik car... abang naik yiyi..bawak yiyi!"

Sebelum menunggu tayangan bermula, ayahnya sempat membawa Hadif masuk ke tempat games di Sunway Pyramid itu. Hadif hanya suka duduk di atas kerusi permainan kereta itu sambil menggayakan gaya seorang pemandu kereta.

"Lagi?"

"Abang enok wiwi ecar" (tengok tv besar)

"Cerita apa?"

"Dog.. Dog ayi-ayi" (Dog lari-lari)

Sepanjang cerita Bolt tu Hadif memang tumpu perhatian sepenuhnya. Sampai habis dia tengok. Kebiasaannya belum sampai separuh cerita dia sudah terlena dipangkuan ayah atau ibunya.

1 comments

Sketsa Hadif #1

Situasi : Tatkala ayahnya pulang dari kerja.

Hadif berlari-lari mendapatkan ayahnya.

"Ayah...!" sambil memeluk kaki ayahnya itu.

"Hadif buat apa kat rumah hari ni?" Soal ayahnya.

"Abang engok wiwi (tv)... yayi (nyanyi) chan oi oi" kata Hadif yang membahasakan dirinya 'abang'. Chan oi oi ialah lagu Chan Mali Chan, lagu kegemarannya.Hadiflah satu-satunya abang yang tiada adik. Dia suka kalau orang panggil dirinya abang.

"Hadif dah makan?" Soal ayahnya lagi.

"Dah... Abang makan yor (telur) aje." jawab Hadif. Hadif adalah seorang penggemar telur rebus yang tegar.

"Bu ane (Ibu mana)? " Soal Hadif.

"Bu tak naik lagi, ibu ambil surat kat bawah," jawab ayah Hadif.

"Ayah... tom (jom) masuk yik (bilik) abang!" Hadif mengajak ayahnya masuk ke biliknya.

"Tak naklah, ayah nak tgk tv," jawab ayahnya.

"Nanaklaa... Tom aa.. ayah... " pintanya lagi.

"Ayah nak tengok tv la"

"Nanan(Jangan) aa engok wiwi... tom aaa yik abang." pintanya sambil menarik baju ayahnya.

Akhirnya ayahnya terpaksalah mengalah dan mengikut Hadif ke biliknya.

"Ayah... pak boi (sepak bola)"

Hadif dan ayahnya bermain bola di dalam bilik yang kecil itu. Sesekali terdengar gelak riang Hadif yang seronok bermain.

"Ayah... Bu ane?"

"Ibu ada kat luar tu"


Dengan pantas Hadif meluru ke pintu biliknya dan memusing tombol pintu untuk memanggil ibunya pula.

"Buuu! Tom aa..!" Jerit Hadif.

"Ibu nak tengok tv la Hadif. Main dengan ayahlah," jawab ibunya.

Hadif pun menutup kembali pintu biliknya itu. Dia pun pergi mengambil buku-bukunya.

"Ayah... tom ate (jom baca)" ujar Hadif sambil baring di atas lengan ayahnya.

Ayahnya pun mengambil salah satu buku yang diambil oleh Hadif tadi.

"Ni apa?" Soal ayahnya.

"Buah"

"Buah apa?"

"Buah pel (buah apple)"


Belum sempat ayahnya menyoalnya lagi Hadif sudah ambil buku yang lain untuk dibaca bersama dengan ayahnya.

"Cepat, Hadif kira ball ni"

"Atu, wa, iga, mpat, ima, nam, tutuh, apan, yan, yoh!" jawab Hadif sambil tepuk tangan bila kiraanya genap sepuluh.

"Hadif, dahlah main. Ayah nak mandi ni" pinta ayahnya.

"Nanan aaa... abang nak ain agi (Janganlah, abang nak main lagi)"

"Dah maghrib ni, ayah nak mandi. Pergi duduk dengan ibu"

Hadif terus lari dan meniarap di satu hujung yang tersudut di biliknya itu sambil menutup matanya dengan tangan. Rajuknya dah bermula.

"Abang, janganlah merajuk," ayahnya cuba memujuknya.

Hadif masih menekupkan mukanya lagi. Diam seribu bahasa.

"Hadif, ada lipaslah jalan-jalan kat belakang Hadif," ujar ayahnya cuba menakutkan Hadif.

Hadif terus bangun dan mendapatkan ayahnya dengan muka yang dalam ketakutan. Hadif memang takut dengan lipas. Ayahnya terus mendukungnya dan membawa Hadif kepada ibunya.