5 comments

Hadif & Azfar




ni lah kawan hadif..azfar namanya, hari² hadif asyik ajak pegi umah azfar je..nak main basikal ngan azfar.. yang paling lawak permintaan dia camni,

"ibu...jom la pi umah azfar.. sian hadif, takde azfar pun...", dia akan ckp dgn muka sedih je..

hahaha..ada ke camtu..

1 comments

Hadif yang suka bercerita...

"Hadif sedang menceritakan sesuatu kepada ibu dia"


hadif mmg suka bercerita...aktiviti harian dia semua dia nak cerita terutama sblm nak tido..mesti dgr dia cerita dulu baru leh tido.. selalu ayat permulaan dia nak cerita mesti camni " tadi kan, hadif pergi.." yang semalam pun kadang2 dia ckp tadi..hehe.. dalam kereta masa balik kerja dgr dia bercerita je la..

smlm kitorg pegi tgk wayang kat One Utama, tgk cite Ice Ace 3.. hadif exited betul la duk dlm wayang tuh.. jadi cemmentator je la keje dia.. bila wat isyarat "syyy" tuh dia cakap ala2 berbisik lak..hehe.. then seperti biasa la bila balik umah sblm tido kena dgr dia cerita balik apa yg dia tgk tu la..

0 comments

Hadif dan aksinya



Viedo aksi-aksi Hadif mengira & nyanyi lagu Meet Uncle Hussain. Hadif ni minat nyanyi lagu Lagu Untukmu - MUH, Aizat - Hanya kau yang mampu, Yuna - Dan sebenarnya & Search - laila namamu teratas.. hehe.. lagu laila tu siap solo gitar dia ikut bunyikan ngan mulut dia..

2 comments

Kami


bermula satu menjadi dua
bila berdua menjadi tiga
kini bertiga ku rasa gembira
hidup sempurna ceria bersama

indahnya pagi bermula ceria
senyuman manis mengukir bahagia
harapkan hari terbentang sempurna
di harungi bersama seiring selamanya..

bahagia di kecap semoga abadi
walau bermacam dugaan menanti
tabahkan diri tekadkan hati
pemisah kita hanyalah mati...

4 comments

momokkk!!

"momok merah"


hadif skang suka sangat wat mata momok tuh..dari mana dia blaja tatau la.. suka sgt dia lipat kelopak mata dia tuh.. tgk dia wat cam senang je..tekan2 jari atas kelopak mata dia terus jadi cam dalam gambar tuh.. bila dah jadi momok tu ibu ngan ayah dia kena takut la.. kalau tak takut nanti momok tu nangis majuk..

2 comments

hadif jadi jurugambar..

"beberapa minit sebelum menjadi jurugambar..muka bosan je duk atas kusi tuh"

"gambar ibunya yang terpaksa membuat 'peace' atas desakan jurugambar"
"ayahnya juga di paksa pandang kamera"
"sebahagian gambar ayahnya"
"gambar kaki ayah jurugambar"
"gambar tangan & sebahagian peha ayah kepada jurugambar tersebut"

6 comments

wajah baru...

skang aku dah jumpa template baru untuk blog aku.. hasil pencarian selama berjam-jam lamanya..hehe..
inilah hasilnya setelah di edit..letih nak melayan html script nih..
rasa cam puas hati je walaupun tak selawa blog puan mimi..hehe

7 comments

Kejamnya kan?



apa la gila sgt perempuan tuh, budak kecik tu pun nak di layan cam binatang lak.. geram lak tgk video nih..
video ni wife aku forwardkan kat emel..

ni info yg aku dapat hasil penggooglelanku pada 24 julai 09

Amah pijak anak majikan kena 2 tahun
Berita Harian 3 Nov 2007
Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar

KUALA LUMPUR: Seorang pembantu rumah warga Indonesia dihukum penjara selama 24 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, selepas mengaku bersalah menolak, menendang dan memijak
anak perempuan majikannya yang berusia tiga tahun, Ogos lalu.

Majistret Tasnim Abu Bakar menjatuhkan hukuman itu terhadap Reni Neken, 27, dari Kupang, Indonesia, berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap, 30 Ogos lalu.

Reni didakwa mencederakan Goh Ceng Yee, 3 tahun, di ruang tamu rumah mangsa di No A2-27-08, Putramas 2 Condo, Jalan Kuching di sini, jam 3.25 hingga 3.40 petang, 28 Ogos lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, mangsa yang dipijak di bahagian perutnya oleh tertuduh sering mengadu kesakitan, namun apabila ditanya punca dia enggan menjawab. Reni bagaimanapun, hanya memberi alasan mungkin kerana mangsa terlalu banyak mengambil minum ‘yogurt’.

Bapa mangsa yang mengesyaki sesuatu kemudian mengambil keputusan untuk memasang video kamera tertutup di ruang tamu rumahnya. Hasil daripada rakaman itu, ibu bapa mangsa mendapati anak mereka didera dengan teruk dan membuat laporan polis.

8 comments

Ultraman Ace vs Raksasa

Ultraman Ace hampir di gigit raksasa tetapi masih bersahaja menanti gigitan raksasa itu.

Raksasa makin hampir untuk menggigit peha Ultraman Ace.


Dan akhirnya raksasa itu berjaya menggigit Ultraman Ace.


Tetapi malangnya sedikit pun gigitan raksasa itu tidak berjaya menembusi peha Ultraman Ace.


Hadif masih tidak perasan akan kegetiran yang di alami Ultraman Ace itu.


Dia masih tidak nampak pergelutan raksasa dan Ultraman Ace.


Akhirnya hadif berjaya meleraikan persengketaan yang amat besar itu. Bumi terselamat lagi. Terima kasih Hadif kerana membantu Ultraman Ace menyelamatkan bumi. Sekalung perhargaan dari kami penduduk bumi.