Seketika aku ke sana
Menjejak jejak semalam
Mencari diriku lagi
Mentafsir salah dan silap
Aku tidak akan dapat ubah
Sesuatu yang telah berlalu
Aku hanya dapat melihat
Dan mencari sebuah pedoman
Kini aku kembali ke hari ini
Dan aku masih aku yang sama
Masih kekal seperti semalam
Akan beginikah aku selamanya?
Hanya aku bisa mengubahnya
Dan pada takdir aku berserah
Pasrah aku akan ketentuan-Nya
Semoga hariku berlalu sempurna...
Semalam Yang Terlihat (2)
| Created by zam | at 9:05:00 AM
| Labels Puisi
Semalam yang terlihat
Sejenak aku meneropong
Menembusi dinding semalam
Tertumpu aku pada sesuatu
Samar-samar tetapi jelas terlihat
Tertacap mataku pada susuk seseorang
Terpancar diwajah akan suramnya hati
Tertunduk merenung bumi
Mengerlip lemah tidak bermaya
Apakah yang bergolak di benaknya itu
Apakah yang tergumam dibibirnya itu
Seolah memikirkan sesuatu yang berat
Mungkin hanya dia saja yang tahu
Tersentak aku terdiam
Sekilas wajahnya terlihat
Terpamer jelas dimataku
Dan kini, cuma aku saja yang tahu!
Nota Kaki : Dah lama tak mengarang ...
| Created by zam | at 8:55:00 AM
| Labels Puisi
Ilman Hadif
Kali ini aku ingin bercerita mengenai anak tunggal aku Ilman Hadif. Sejak akhir-akhir ini perangai dia banyak berubah. Kenakalan dia sudah kurang. Lebih mendengar kata. Dia jadi mudah menangis & sensitif. Marah sikit dia sudah teresak-esak. Jika dia buat silap pun dia akan teresak-esak dulu dengan muka bersalah memandang kita. Jika di tanya dia akan jawab "Nanti ayah marah...". Sedih aku jadinya.
Hendak kata aku garang tidaklah sangat, tetapi setiapkali dia buat salah pasti aku tegur & marah tetapi tidaklah marah melampau-lampau. Pukul jauh sekali (kadang-kadang ada juga terpukul). Perubahan sebegini pasti aku sebagai ayah dia suka tetapi cara dia takut pada aku itu yang buat aku sedih.
Dia masih tetap rapat dengan aku. Suka bermain-main dengan aku. Suka tidur dengan aku. Yang itu tidak berubah. Keceriaannya pun tidak berubah.
Nota Kaki : Aku tidak garang rasanya, tetapi setiap aku suruh mesti aku akan pastikan Hadif akan buat.
| Created by zam | at 10:35:00 AM
| Labels Coretanku
Part Time Job : Pelukis Ultraman & Cicak
Malam tadi (sebenarnya tiap-tiap malam) aku terpaksalah melayan Hadif dengan alatulis & buku dia sambil tengok TV. Macam-macam dia suruh aku lukis seperti Ultraman, Thomas & Friends, katak dan cicak! Hehe...
Paling kerap dia suruh lukis ialah cicak dan Ultraman. Terpaksalah melayan. Buku sketch dia tu dah penuh dah. Di penuhi lakaran cicak-cicak. Terpaksalah ambik diary planner aku ni untuk lukis Ultraman Tiga dia. Hadif dia lebih suka kita lukis kemudian dia nak teka apa yang kita lukis.
Nasib baik Ultraman Tiga aku lukis dia boleh cam lagi. Kalau tak terpaksalah aku lukis sampai dia boleh teka Ultraman apa yang aku lukis. Kadang-kadang geram juga sebab tak selalunya apa yang aku lukis menepati kehendak dia. Kadang-kadang tak jadi!
Nota kaki : Ada rupa Ultraman Tiga tak?
| Created by zam | at 12:36:00 PM
| Labels Coretanku
Raya
"Mak ayah, adik beradik n ipar duai aku..tapi hadif nak bergambar jgk.."
"adik manja aku..sian dia demam, hehe"
"adik aku & "kami"
Pagi tu semua ahli keluarga aku ada kecuali famili kakak aku yang sulong je sebab dia balik beraya kat kelate.. sedih plak aku rasa sbb selalunya kitorg mmg akan buat giliran yg sama tiap2 tahun.. tahun ni sepatutnya semua beraya pertama umah mak ayah aku..
hari raya pertama aku xkemana2 pun sebab ramai sgt tetamu dtg umah..aku pergi jalan umah2 jiran je..adik pompuan aku plak demam..bawak pi hospital..sib baik xmasuk wad..sepatutnya kena tahan wad..tp doktor bg jgk balik..sian dia..hehe
hari raya pertama mak aku masak nasi minyak ala terengganu + gulai ayam + acar + sambal belacan ala terengganu, ketupat palas, rendang daging (zura yg masak..adik beradik aku suka masakan zura..hehe), nasi himpit + kuah kacang + sambal ikan. raya kedua plak mak aku masak nasi dagang. aku mmg suka nasi dagang mak aku masak..sedap!
raya kedua aku dah balik ke umah mertua..kat umah mertua aku byk berjalan skit..pegi umah kawan2 zura la..umah pakcik aku.. hadif byk gak dapat duit raya..tp kalau dia dah pegang angpau sure dia xnak dah kalau org bagi lg sbb dia ckp dah ada..dah cukup dah..hehe..
sekian...
| Created by zam | at 10:15:00 AM
| Labels Coretanku
Majlis Berbuka Puasa TDC/Teratak 2009
Bertempat di Secret Recipe, Plaza Ole-ole, Seksyen 18, Shah Alam pada 6 September 2009
"Hadif & Shafy tunggu waktu berbuka"
"Ragam anak2 ahli TDC"
"Lilis menyuap dgn penuh ketekunan"
"Husband lilis bertukar tempat duduk"
"Fiza, Michi & zulsa"
| Created by zam | at 9:23:00 AM
| Labels Misc
Bersimpuh dan berdiri
B - Benakku bercelaru menjadi buntu
E - Engkau masih diam membisu
R - Rajuk yang entah bila akan reda
S - Sendu tangis mula terdengar
i - Inginku tahu apa puncanya
M - Mengapa bersedih bilaku di sisi
P - Peluklah daku padamkan dukamu
U - Usah kau BERSIMPUH tersudut di ruang sunyi ini
H - Hadirnya aku untuk menghapus dukamu itu...
B - Bersamamu ku rasa bahagia
E - Engkau hadir menyuluh sinar
R - Redup di jiwa kembali terang
D - Damai ku rasa tatkala bersua
I - Impian dulu terlaksana sudah
R - Rintik-rintik hujan menjadi saksi
I - Inginku terus BERDIRI seiringmu selalu....
(di karang semasa berbalas puisi di facebook Lilis Asyura)
| Created by zam | at 10:21:00 AM
| Labels Puisi
Majlis Berbuka Puasa TDC
Majlis Berbuka Puasa TDC akan di adakan pada 6hb Sept (Ahad) bertempat di Plaza Ole-ole Seksyen 18 Shah Alam di Secret Recipe. Semua di jemput hadir.
Organizer : Puan Asniwati
Nama yang telah setuju untuk menghadirkan diri (sehingga 4.10 ptg 1 sept);
1. Puan Asniwati & Famili
2. Encik Zulsa & Famili
3. Cik Hafiza
4. Encik Mizi (areDika)
5. Zam & Famili
6. Puan Lilis & Family
7. Mr. Jay
| Created by zam | at 4:02:00 PM
| Labels Misc
Hadif demam..
klinik dah dua kali pergi dah.. malam tadi gilir2 le jaga dia.. letak cool fever.. malam td terkejut aku dia bangun dlm kul 2 pagi dia kejut aku dia tunjuk kat siling tu dia ckp takut.. "tgk tu ayah..apa kat atas tu..adif takut.. " menggigil dia peluk aku.. nasib baik la hadif jenis xmerengek..
hari ini ibu dia ambik cuti jaga dia.. kalau xbaik jugak aku lak kena jaga dia esok..harap2 dia ok la..cepat sembuh..
| Created by zam | at 10:36:00 AM
| Labels Coretanku
Merdeka! Happy Birthday Hadif
31 Ogos ni maka genaplah usia Hadif 3 tahun...
sekejap je masa berlalu..
dah besar dah anak teruna aku tuh...
Bercakap pun dah lancar...
lagi banyak cakap pun ada...
jenuh nak melayannya.. hehe
| Created by zam | at 3:48:00 PM
| Labels Coretanku
Balik Kampung!!
Hari ni keje ½ day je...lepas ambik adik dari Sibu kat LCCT, kitorg akan terus pulang ke kampung halaman di Kemaman. nak sambut puasa kat kampung.. bestnya dapat berbuka puasa beramai2 ngan family.. nanti nak suh mak masakkan ketupat sotong/sotong sumbat.. behnye.. kalau ada ayam percik lg beh..hehe
doakan kami selamat pergi dan selamat kembali... Amin
Tak lupa juga nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan ibadah2 yang lain di bulan Ramadhan ini...ampunkan salah silap kami dan semoga semuanya diberkati ALLAH s.w.t...
| Created by zam | at 11:05:00 AM
| Labels Coretanku
kejutan kat ofis...
"cantik"
| Created by zam | at 11:05:00 AM
| Labels Coretanku
dah 4 tahun kami kawen..
| Created by zam | at 9:47:00 AM
| Labels Coretanku
Hadif yang suka bercerita...
hadif mmg suka bercerita...aktiviti harian dia semua dia nak cerita terutama sblm nak tido..mesti dgr dia cerita dulu baru leh tido.. selalu ayat permulaan dia nak cerita mesti camni " tadi kan, hadif pergi.." yang semalam pun kadang2 dia ckp tadi..hehe.. dalam kereta masa balik kerja dgr dia bercerita je la..
smlm kitorg pegi tgk wayang kat One Utama, tgk cite Ice Ace 3.. hadif exited betul la duk dlm wayang tuh.. jadi cemmentator je la keje dia.. bila wat isyarat "syyy" tuh dia cakap ala2 berbisik lak..hehe.. then seperti biasa la bila balik umah sblm tido kena dgr dia cerita balik apa yg dia tgk tu la..
| Created by zam | at 10:17:00 AM
| Labels Album, Sketsa Hadif
Hadif dan aksinya
Viedo aksi-aksi Hadif mengira & nyanyi lagu Meet Uncle Hussain. Hadif ni minat nyanyi lagu Lagu Untukmu - MUH, Aizat - Hanya kau yang mampu, Yuna - Dan sebenarnya & Search - laila namamu teratas.. hehe.. lagu laila tu siap solo gitar dia ikut bunyikan ngan mulut dia..
| Created by zam | at 4:16:00 PM
| Labels Video
Kami
bermula satu menjadi dua
bila berdua menjadi tiga
kini bertiga ku rasa gembira
hidup sempurna ceria bersama
indahnya pagi bermula ceria
senyuman manis mengukir bahagia
harapkan hari terbentang sempurna
di harungi bersama seiring selamanya..
bahagia di kecap semoga abadi
walau bermacam dugaan menanti
tabahkan diri tekadkan hati
pemisah kita hanyalah mati...
| Created by zam | at 4:12:00 PM
| Labels Puisi
momokkk!!
| Created by zam | at 11:18:00 AM
wajah baru...
skang aku dah jumpa template baru untuk blog aku.. hasil pencarian selama berjam-jam lamanya..hehe..
inilah hasilnya setelah di edit..letih nak melayan html script nih..
rasa cam puas hati je walaupun tak selawa blog puan mimi..hehe
| Created by zam | at 2:54:00 PM
| Labels Coretanku
Kejamnya kan?
apa la gila sgt perempuan tuh, budak kecik tu pun nak di layan cam binatang lak.. geram lak tgk video nih..
video ni wife aku forwardkan kat emel..
ni info yg aku dapat hasil penggooglelanku pada 24 julai 09
Amah pijak anak majikan kena 2 tahun
Berita Harian 3 Nov 2007
Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar
KUALA LUMPUR: Seorang pembantu rumah warga Indonesia dihukum penjara selama 24 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, selepas mengaku bersalah menolak, menendang dan memijak
anak perempuan majikannya yang berusia tiga tahun, Ogos lalu.
Majistret Tasnim Abu Bakar menjatuhkan hukuman itu terhadap Reni Neken, 27, dari Kupang, Indonesia, berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap, 30 Ogos lalu.
Reni didakwa mencederakan Goh Ceng Yee, 3 tahun, di ruang tamu rumah mangsa di No A2-27-08, Putramas 2 Condo, Jalan Kuching di sini, jam 3.25 hingga 3.40 petang, 28 Ogos lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mengikut fakta kes, mangsa yang dipijak di bahagian perutnya oleh tertuduh sering mengadu kesakitan, namun apabila ditanya punca dia enggan menjawab. Reni bagaimanapun, hanya memberi alasan mungkin kerana mangsa terlalu banyak mengambil minum ‘yogurt’.
Bapa mangsa yang mengesyaki sesuatu kemudian mengambil keputusan untuk memasang video kamera tertutup di ruang tamu rumahnya. Hasil daripada rakaman itu, ibu bapa mangsa mendapati anak mereka didera dengan teruk dan membuat laporan polis.
| Created by zam | at 10:25:00 AM
| Labels Coretanku
Ultraman Ace vs Raksasa
Raksasa makin hampir untuk menggigit peha Ultraman Ace.
Dan akhirnya raksasa itu berjaya menggigit Ultraman Ace.
Tetapi malangnya sedikit pun gigitan raksasa itu tidak berjaya menembusi peha Ultraman Ace.
Hadif masih tidak perasan akan kegetiran yang di alami Ultraman Ace itu.
Dia masih tidak nampak pergelutan raksasa dan Ultraman Ace.
| Created by zam | at 10:30:00 AM
| Labels Album, Sketsa Hadif