apa la gila sgt perempuan tuh, budak kecik tu pun nak di layan cam binatang lak.. geram lak tgk video nih..
video ni wife aku forwardkan kat emel..
ni info yg aku dapat hasil penggooglelanku pada 24 julai 09
Amah pijak anak majikan kena 2 tahun
Berita Harian 3 Nov 2007
Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar
KUALA LUMPUR: Seorang pembantu rumah warga Indonesia dihukum penjara selama 24 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, selepas mengaku bersalah menolak, menendang dan memijak
anak perempuan majikannya yang berusia tiga tahun, Ogos lalu.
Majistret Tasnim Abu Bakar menjatuhkan hukuman itu terhadap Reni Neken, 27, dari Kupang, Indonesia, berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap, 30 Ogos lalu.
Reni didakwa mencederakan Goh Ceng Yee, 3 tahun, di ruang tamu rumah mangsa di No A2-27-08, Putramas 2 Condo, Jalan Kuching di sini, jam 3.25 hingga 3.40 petang, 28 Ogos lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mengikut fakta kes, mangsa yang dipijak di bahagian perutnya oleh tertuduh sering mengadu kesakitan, namun apabila ditanya punca dia enggan menjawab. Reni bagaimanapun, hanya memberi alasan mungkin kerana mangsa terlalu banyak mengambil minum ‘yogurt’.
Bapa mangsa yang mengesyaki sesuatu kemudian mengambil keputusan untuk memasang video kamera tertutup di ruang tamu rumahnya. Hasil daripada rakaman itu, ibu bapa mangsa mendapati anak mereka didera dengan teruk dan membuat laporan polis.
7 comments:
biadap nk mampos la pompan tuh.. gila ke apa..
tu mmg dh di kategori dlm enam jahanam tu..tp masuk ;pompuan tu,tujuh jahanam dh tu..eee kesabaran ku di uji skjp td...huhuhuhu
ni maid ke? eeee napa le kejamnye...nak pggl manusia pun x layak ni...
a'ah..maid as.. dah kena penjara dah..kes ni tahun 2007.. ari tu ada menggoogle cari infonya..
mmg patut pun maid tu kene hukum.. x layak jaga budak... sampai hati tendang anak org sesuke hati...
mental maid tu...humban jer dlm gaung...giler!!!
paling zalim bila dia naik atas bdn budak tu then dia henyak2 cam hapa x hengat...giler sewel la...bagus2 dah kene penjara...abis la kat dlm penjara kene dera gak...terimala ko balasan...uish! emo sungguh...
Post a Comment