3 comments

Raya

"Keluarga besar aku, anak-anak, menantu & cucu-cucu mak ayah aku"

"Mak ayah, adik beradik n ipar duai aku..tapi hadif nak bergambar jgk.."

"adik manja aku..sian dia demam, hehe"

"adik aku & "kami"


Pagi raya lepas semua dah bersiap kitorg makan nasi himpit dulu pastu pegi smbhyang raya..lepas balik sembahyang sessi bersalam-salaman, bermaaf-maafan dan ber'angpau-angpauan'..termasuk jugak sessi bergambar.. (gambar kat atas tu je sempat aku ambik..tu pun ambik dari henpon adik aku, digicam xde bateri..tu yg gambar xclear sgt tu)


Pagi tu semua ahli keluarga aku ada kecuali famili kakak aku yang sulong je sebab dia balik beraya kat kelate.. sedih plak aku rasa sbb selalunya kitorg mmg akan buat giliran yg sama tiap2 tahun.. tahun ni sepatutnya semua beraya pertama umah mak ayah aku..


hari raya pertama aku xkemana2 pun sebab ramai sgt tetamu dtg umah..aku pergi jalan umah2 jiran je..adik pompuan aku plak demam..bawak pi hospital..sib baik xmasuk wad..sepatutnya kena tahan wad..tp doktor bg jgk balik..sian dia..hehe

hari raya pertama mak aku masak nasi minyak ala terengganu + gulai ayam + acar + sambal belacan ala terengganu, ketupat palas, rendang daging (zura yg masak..adik beradik aku suka masakan zura..hehe), nasi himpit + kuah kacang + sambal ikan. raya kedua plak mak aku masak nasi dagang. aku mmg suka nasi dagang mak aku masak..sedap!


raya kedua aku dah balik ke umah mertua..kat umah mertua aku byk berjalan skit..pegi umah kawan2 zura la..umah pakcik aku.. hadif byk gak dapat duit raya..tp kalau dia dah pegang angpau sure dia xnak dah kalau org bagi lg sbb dia ckp dah ada..dah cukup dah..hehe..


sekian...

4 comments

Majlis Berbuka Puasa TDC/Teratak 2009

Bertempat di Secret Recipe, Plaza Ole-ole, Seksyen 18, Shah Alam pada 6 September 2009


"Aksi Amsyar, Hadif & Shafy"

"Hadif & Shafy tunggu waktu berbuka"

"Ragam anak2 ahli TDC"


"Lilis menyuap dgn penuh ketekunan"



"Dika"

"Michi, Zulsa & As"



"Husband lilis bertukar tempat duduk"

"Fiza, Michi & zulsa"
*Gambar dari Facebook Lilis & Fiza

10 comments

Bersimpuh dan berdiri

B - Benakku bercelaru menjadi buntu
E - Engkau masih diam membisu
R - Rajuk yang entah bila akan reda
S - Sendu tangis mula terdengar
i - Inginku tahu apa puncanya
M - Mengapa bersedih bilaku di sisi
P - Peluklah daku padamkan dukamu
U - Usah kau BERSIMPUH tersudut di ruang sunyi ini
H - Hadirnya aku untuk menghapus dukamu itu...

B - Bersamamu ku rasa bahagia
E - Engkau hadir menyuluh sinar
R - Redup di jiwa kembali terang
D - Damai ku rasa tatkala bersua
I - Impian dulu terlaksana sudah
R - Rintik-rintik hujan menjadi saksi
I - Inginku terus BERDIRI seiringmu selalu....

(di karang semasa berbalas puisi di facebook Lilis Asyura)

11 comments

Majlis Berbuka Puasa TDC

Majlis Berbuka Puasa TDC akan di adakan pada 6hb Sept (Ahad) bertempat di Plaza Ole-ole Seksyen 18 Shah Alam di Secret Recipe. Semua di jemput hadir.

Organizer : Puan Asniwati


Nama yang telah setuju untuk menghadirkan diri (sehingga 4.10 ptg 1 sept);

1. Puan Asniwati & Famili
2. Encik Zulsa & Famili
3. Cik Hafiza
4. Encik Mizi (areDika)
5. Zam & Famili
6. Puan Lilis & Family
7. Mr. Jay

4 comments

Hadif demam..


sepanjang cuti merdeka ni dia xsihat je.. memula batuk, pastu tambah plak selsema.. masa birthday dia start demam.. kali ni dia xaktif dah masa demam..biasa walau demam dia tetap aktif.. kali ni asyik berdukung n berkepit ngan aku je.. tp demam2 pun mulut byk gak..hehe..ada je benda nak ckp.. yang lawaknya dia nak berdukung dia ckp camni "ayah...dukunglah adif..adif tak boleh jalan dah..."


klinik dah dua kali pergi dah.. malam tadi gilir2 le jaga dia.. letak cool fever.. malam td terkejut aku dia bangun dlm kul 2 pagi dia kejut aku dia tunjuk kat siling tu dia ckp takut.. "tgk tu ayah..apa kat atas tu..adif takut.. " menggigil dia peluk aku.. nasib baik la hadif jenis xmerengek..


hari ini ibu dia ambik cuti jaga dia.. kalau xbaik jugak aku lak kena jaga dia esok..harap2 dia ok la..cepat sembuh..