Aku dan pemuda yang malang

Hari ini aku hendak menceritakan mengenai satu peristiwa lawak yang berlaku di masjid selepas sembahyang Jumaat tadi.

Tersebutlah kisah, seorang pemuda yang berwajah ala-ala Reza Era, selesai sahaja beri salam di akhir solat dia pun terus bangun dan berjalan di celah-celah orang ramai yang masih duduk mengaminkan doa Pak Imam, menuju ke belakang.

Tiba-tiba terdengar satu bunyi yang amat kuat, semua orang pun berpaling ke belakang, termasuk aku, kelihatanlah pemuda tadi 'melekat' di cermin sliding door masjid itu.

"Aduh!" itulah kata-kata yang agak kuat yang lebih kuat dari suara Pak Imam yang sedang membaca doa.

Semua mata tertumpu ke arah pemuda itu, ada yang tergelak, ada yang tersengeh sahaja. Aku tergelak bersama-sama dengan orang disebelahku. Ada ke patut pintu sebesar itu tidaklah dinampaknya.

Pemuda itu sempat berpaling ke arah orang ramai dengan muka yang tersipu-sipu. Kemudian dia pun menarik pintu sliding door itu untuk membuka dengan lebih luas lagi. Bunyi pintu itu pun kuatlah juga sehingga orang masih memandangnya. Selepas itu dia berjalan dengan lajunya sehingga lenyap dari pandangan orang.

Selesai sahaja mengaminkan doa, terdengarlah suara-suara sumbang mengutuk dan memperkatakan perihal pemuda malang tadi. Ada yang baru hendak gelak, mungkin melepaskan gelak yang di simpan semasa mengaminkan doa tadi.

hahaha..

3 comments:

ain.ya.nun. said...

muahhahaha..
lawak2..

mRsauRa said...

mmg kelakor ler...sambil baca sambil gelak neh...dpt bygkan cemaner ghoper pemuda malang itewww...ahakss

zam said...

ropa dia mcm reza..kuruih je..hehe
masa tu sambil tadah doa ramai yg gelak..xleh tahan..