2 comments

Aku dan Sudoku

hari ni aku bosan sgt.. so untuk menghilangkan bosan aku main sudoku kat blog Puan Ekin. aku main games yg sama je la..dua tiga kali gak aku try.. aku bukan terer sangat..main level yg very easy je la.. jenuh gak..tp best main sudoku nih..cam terapi minda lak.. ni la gambar sudoku yg aku main.. semua atas dari 5 minit..


Gambar ni percubaan terakhir aku main..dapat la aku selesaikan dalam masa 6.38 minit


Gambar ni plak mebi percubaan aku yg keberapa ntah.. 8 minit lebih tu..
Background blog puan bayu tu pun nmpk gak..hehe..malas nak edit.. aku nak try sampai aku terer main sudoku nih.. pastu nak beli buku sudoku..wat kat umah..leh jadi hobi baru nih..



3 comments

Dalam Kenangan...


Gambar kat atas tu adalah gitar aku yang telah di pecahkan. Sedih aku.. gitar yang ku beli pada tahun 1997 berkecai jua akhirnya pada 21 Feb 2009 (Sabtu).. 12 tahun aku menjaganya akhirnya pecah jugak.. nak wat camne.. dah 'ajal' dia.. semuanya tinggal kenangan je la...


Dua gambar terakhir kat atas tu menunjukkan orang yang bertanggungjawab di atas kejadian tersebut. "Mamat' ni la yang patahkan. Ada ke patut gitar aku di buatnya sebagai tangga untuknya mendaki sebuah sofa... lepas tu ibu dia ada ckp "haaa..adif..dah patah gitar ayah, sian ayah". (ibu dia cite la ni)

Pastu bila aku balik kerja pada hari sabtu tu dia yang sambut aku kat pintu.. terus tarik tgn aku pastu ckp "Ayah..tar atah..sian ayah" beria-ria lak tuh..lawak je. Ibu dia gelak je sbb hadif ulang balik yang ibu dia ckp tuh..

Hadif asyik je duk belek2 gitar yang patah tu..aksi dia kononnya nak betulkan balik gitar tuh.. nak sambung2 balik..aku nak buang dia xbagi.. sampai sekarang ada lagi kat umah tu..

aku rasa kalau dia pijak saja takkan patah tu..mungkin dia melompat kot kat atas fret gitar tuh.. hadif beratnya baru 12.5kg je.. lepas ni kena beli gitar baru le.. walau tak berapa nak pandai main aku tetap nak beli gak..

8 comments

ayah, ibu dan anak.

dulu mula2 masa baru-baru kawen aku nak sgt ada anak... bila dah ada anak aku nak dia cepat jalan sbb rasa seronok je tgk org jalan2 pimpin tangan bawak anak.. bila anak dah jalan susah lak nak mengawalnya..hehe..

tapi skang mmg aku suka sgt sbb anak dah besar..dah leh wat kawan.. leh sembang2 ngan dia..sib baik dia pun jenis suka melayan aku sembang..even dia xpaham..hehe

skang ni aku rasa cam nak anak aku sorang ni je..xde rasa nak tambah pun sbb rasa cam dah complete.. rasa cukup segalanya.. ayah, ibu & anak..cukup la kan.. rasa dah tak perlu org lain dah dalam hidup kami nih..

selalu gak aku bayangkan camne kalau aku ada anak sorang lagi.. rutin aku mesti dah lain.. aku ngan anak aku yang sulung tu mesti dah kurang rapatnya..sbb dah ada anak yg lain..perhatian mesti dah terbahagi dua..susah gak ek..

aku sendiri ada ramai adik beradik.. aku pun suka ramai adik beradik sbb happy je..ada kakak..ada adik.. abang je aku takde.. camne la agaknya mak bapak aku leh bahagikan kasih sayang dia sama rata je.. aku sendiri xsanggup lg nak ada anak lagi..

isteri aku pun teringin nak ada anak lagi.. cuma aku je yg xnak..sbb rasa xpuas lagi nak melayan anak aku yg sorang tuh.. rasa kesian lak kat dia kalau dia ada adik nanti.. biarlah kami puas menghabiskan masa bersama dulu.. hehe..

3 comments

Pertemuan kita (Alamanda 2009)

Khas buat ahli Teratak Dunia Cyber yang hadir gathering di Alamanda, Putrajaya pada 8 Feb 2009.

dengan jemari kita berbincang
menyusun atur jalinan kata
mencari ruang dan juga waktu
agar kita pastikan bertemu...

terik mentari mengiringi kita
perjalanan dari segenap arah
mencari titik pertemuan itu
yang akan menyatukan kita semua...

bila bersua bertentang mata
saling menyapa saling mengenal
ruang kemesraan telah terisi
segala perbezaan kita ketepikan...

tulusnya hati mendepani hari
agar pertemuan penuh bermakna
segala sengketa dibiar sepi
terkubur bersama ikhlasnya diri...

senja mula suluhkan suram
sebagai tanda pertemuan berakhir
kita semua akan berpisah
buat sementara bukan selamanya

berjumpa lagi di lain ketika...


Berdiri dari kiri : Anat, as (shyeye) mendukung shafy, demetrie (sham), fiza, iwan(hb bayu), bayu, zoulle, zura, zam (memangku hadif), suami zimah & zimah.

Duduk dari kiri: ain (cik organiser), lilis (ummi_miirul) & husbandnya..

2 comments

Hadif @ Gath Alamanda

• Di paksa senyum oleh Uncle Sham (Jurugambar Gath Alamanda)

• Bergaya (rasanya seperti di paksa)


• Bergambar disamping Aunty Zaza yang tersenyum manis.


• Bersama Shafy




3 comments

Mereka Yang Rebah



Mereka Yang Rebah

Lihatlah sekeliling kita
Betapa saban hari pasti ada saja
Harapan serta bunga bangsa yang rebah

Tak memadai sekadar keluhan
Apatah lagi jelingan serta cemuhan
Yang jatuh dan yang rebah itu
Adalah anak watanmu

Untukkan sedikit masa emasmu
Kerana mereka memerlukanmu
Tersesat mereka di hujung jalan
Marilah bersama memberi bimbingan

Tak daya mengawali diri
Lantaran terlalu menurut kata hati
Mereka bagaikan kehilangan
Pedoman di masa depan

Lagu ini rasanya sudah lama aku mencarinya. Sebelum ini aku tidak tahu apa tajuk lagu ini. Hanya sekadar tiga baris rangkap lagu itu sahaja yang aku ingat iaitu "Untukkan sedikit masa emasmu..kerana mereka memerlukanmu... Tersesat mereka di hujung jalan". Aku seacrh lagu ini hanya melalui 3 rangkap lagu itu dan akhirnya bertemu juga.

Rasanya lagu ini dihasilkan sekitar tahun 1986-1987. Lagu ini banyak mengimbau kenangan zaman kanak-kanak aku. Dengar saja lagu ini akan mengingatkan aku kepada adik perempuan aku. Beza umur dia dengan aku cuma 2 tahun sahaja. Kami agak rapat juga. Dia selalu menyanyikan lagu ini dengan sumbang sekali seperti bercakap dan akulah yang selalu mengejek cara dia menyanyikan lagu itu. Kini semua itu hanya tinggal kenangan. Masing-masing meningkat dewasa dan kini dia mempunyai dua orang anak.