Mereka Yang Rebah
Lihatlah sekeliling kita
Betapa saban hari pasti ada saja
Harapan serta bunga bangsa yang rebah
Tak memadai sekadar keluhan
Apatah lagi jelingan serta cemuhan
Yang jatuh dan yang rebah itu
Adalah anak watanmu
Untukkan sedikit masa emasmu
Kerana mereka memerlukanmu
Tersesat mereka di hujung jalan
Marilah bersama memberi bimbingan
Tak daya mengawali diri
Lantaran terlalu menurut kata hati
Mereka bagaikan kehilangan
Pedoman di masa depan
Lagu ini rasanya sudah lama aku mencarinya. Sebelum ini aku tidak tahu apa tajuk lagu ini. Hanya sekadar tiga baris rangkap lagu itu sahaja yang aku ingat iaitu "Untukkan sedikit masa emasmu..kerana mereka memerlukanmu... Tersesat mereka di hujung jalan". Aku seacrh lagu ini hanya melalui 3 rangkap lagu itu dan akhirnya bertemu juga.
Rasanya lagu ini dihasilkan sekitar tahun 1986-1987. Lagu ini banyak mengimbau kenangan zaman kanak-kanak aku. Dengar saja lagu ini akan mengingatkan aku kepada adik perempuan aku. Beza umur dia dengan aku cuma 2 tahun sahaja. Kami agak rapat juga. Dia selalu menyanyikan lagu ini dengan sumbang sekali seperti bercakap dan akulah yang selalu mengejek cara dia menyanyikan lagu itu. Kini semua itu hanya tinggal kenangan. Masing-masing meningkat dewasa dan kini dia mempunyai dua orang anak.
3 comments:
lagu ni kalo x silap aku lps kes dera sorg budk india kn..
lupa la nama die..masa tu aku darjah 6 kalo x silap..
takla.. lagu ni sempena usaha kerajaan memerangi dadah.. lagu ni ada dalam album Hitam Putih Kehidupan.
oo...haa baru ingt..
yg dera tu lagu Tangan Yg Mengapai kn..
muahahah..salah lagu la..
Post a Comment