Sketsa Menagih Kasih

aku masih dilaman ini
masih berkira-kira
ku cari rimbunan merendang
untukku berlindung dari teriknya mentari
yang tegak memancar sinarnya

aku tak punya daya
untuk melangkah menapak
mendepani pintu rumahmu
kerana aku sangat takut
bergetar bibir-bibirku
menitis peluh di dahiku

aku bukannya pengemis
yang perlu berlutut
menagih harapan cintamu
meminta belas kasihmu
tujuanku hanya satu
agar kau tahu

cintaku bukan main-main
harapanku ini bukan main-main

11 comments:

Unknown said...

sedekad berlalu mencari erti sebenar kasih mu
sedekad berlalu mencari erti sebenar cintamu
namun tiada apa yang mampu ku perolehi
hanya lelah menyelubungi ku kini

selautan luas harapan ku hamparkan
hanya sekelumit perhatian ku impikan
namun apa daya ku
harapan yang ku cuba gapai
x kesampaian
x tercapai dek tangan

apa ertinya kasih itu
apa ertinya cinta itu
terus terusan menjadi tanya tanya
terus terusan menjadi persoalan
apakah mungkin ku ketemui jawapannya

zam said...

usah di harap
pada bukan milikmu
usah di tagih
kasih dan cintanya

bahagia ada di mana-mana
bukan pada dirinya itu
pasti di suatu hari
bahagia itu milik kita..

hehehe

Unknown said...

Cintakah aku
Kasih kah aku
Sayang kah aku
Jawapan yang pasti
aku tidak cinta
aku juga tidak kasih
tapi aku sayang
sayang akan dirimu teman

mungkinkah berbuah kasih antara kita
mungkinkah bercambah benih cinta antara kita
segalanya mungkin
andai kita merelakannya
tapi ku masih pertahankannya
x ingin ku calarinya

mendung awan berarak kini
menanti hujan menitis ke bumi
sayang ku telah kau calari
kepercayaan ku telah kau khianati
kau luah segala kata cinta
kau luah segala kata kasih dan sayang
diri ku bukan teman maupun kawan
diri ku kau anggap kekasih melebihi sempadan yang telah ku tetapkan

kini
begitu mudah kau buang aku
begitu mudah kau ketepikan diriku
tanpa penjelasan kau humban aku
di hati mu sedikit pun x terdetik rasa simpati
pada insan yang pernah kau luah
segala rasa sayang, kasih dan cintamu

apakah kerana aku menolak kasih dan cinta mu
apakah kerana hanya sayang mu mampuku sambut
hingga aku kau hukum sebegitu kejam
sedikit pun x pernah kau kesalkan

untuk apa kau tagih cinta ku
sedang dalam hidup mu bahagia di sisi menemani
untuk apa kau cari kasih ku
sedang di sisi mu kekasih abadi
sehidup semati setia menemani
x mungkin ku calari
x mungkin ku khianati
hanya untuk mengikut kata kehendak hati mu
lalu ku kecewakan insan sejenis ku

tagihlah kasih kekasih sehidup semati mu
tagihlah cinta si dia
tanamlah baja biarlah menguntum bunga
di taman yang telah sedia kau bina...

zam said...

untuk apa ku tagih kasihmu,
atas apa ku perlu kasihmu,
kalau derita yang kau berikan,
hanya sengsara menjadi milikku..

kasihku dulu hilanglah sudah,
terlerai berderai tiada bersisa,
kasihku kini pada yang ada,
setia meneman bersama di sisi..

kau dan aku adalah kenangan
tidak mungkin kitakan bersama
bahagia yang ada tidakkan ku persia
mendepani hari bersama dgnnya..

hihihi

Unknown said...

kasih
adanya dirimu dalam hidupku
segalanya penuh warna
penuh ceria
aku rasa bahagia
tak sanggup ku kehilangannya
tak ingin ku lepaskannya

kasih
antara kita tertuai benih cinta
antara kita berkembang bunga bahagia
berlagu riang sentiasa
membelai jiwa nan lara

namun di ketika saat ku menikmati cinta
saat ku menyelami bahagia
kau lempar kata dusta
kau cerca hilang percaya
kau humban aku ke lembah nista
terlalu kejam aku kau perlakukan
menghimpit aku dalam kekalutan

aku kau tinggalkan sendirian
penuh tanda tanya
penuh persoalan

dan kini
setelah segalanya terbukti
setelah segalanya menjadi saksi
setiap kata yang kau lempar dulu
sanggup kau kutip kau jilat semula
lalu menagih kasih
kasih yang telah tiada

mengapa
mengapa setelah aku kau hina
kau cerca
kini kau kembali
kununnya untuk memperbaiki suasana
haruskah aku percaya
haruskah kau aku beri peluang kedua
terlalu mudah kau lafazkan
terlalu mudah kau buang
aku bukan boneka
yang mudah dipermainkan....

zam said...

kasihku lis.. ;)
berilah aku peluang
untuk ku betuli diri
agar silap nan lalu
tidak mungkin kan berulang
berilah aku ruang di sisimu
untukku tebus kesilapanku

kasih yang terhapus
ku tagih kembali
agar bersemi cinta nan pudar
moga bertaut cinta yang terlerai

bukan niatku
permainkan cintamu
hanya kerana aku di butakan
dengan rayuan pujukan palsu
dirimu telah daku persiakan...

berpalinglah kembali dirimu padaku..
ingin ku tatap wajah ayumu
pasti ku renung redup matamu
agar dapat kuselami hatimu..

Unknown said...

usah kau rayu lagi
usah kau tagih lagi
segalanya telah pergi
hilang tiada berganti
dan x mungkin ia kan kembali

begitu mudah kau lafazkan
memohon maaf atas segala ketelanjuran kata nista mu terhadap ku
begitu mudah kau tarik semula
segala kata cerca mu
terhadapku

hati ku telah kau hancuri
hati ku telah kau racuni
kini kau ingin kembali
kini kau ingin aku lupakan
segala yang telah terjadi

pernahkah kau fikirkan
betapa hati ini hancur berkecai
pernahkah kau rasakan
betapa jiwa ini jatuh berderai
pernahkah????....

zam said...

ku singkap satu persatu
setiap tabir memori kita
ku lihat dirimu bersamaku
mesra menyusuri hari
terpancar bahagia dimatamu..

ku buka tabir yang lain
terlihat dirimu yang sugul
air mata jatuh berlinangan
merayu agar jangan kau ku tinggalkan..

dan aku ketika itu pula
bersama insan yang lain
yang bukan sesetia dirimu
begitu kejam diriku ini
seolah tiada belas di hati

ku tak sanggup lagi
menyingkap tabir yang lain
kerana ku tahu
tiada apa yang indah lagi
hanya sedih dan sesal
mengisi setiap ruang memoriku..

kini ku sedar
ku tak mampu lagi
mengulang kembali saat indah kita
dan aku masih begini
masih tinggal dalam sesal
sesal yang tak bertepi

aku masih disini
menunggu kasih darimu
moga dapat menyinari kembali
sisa-sisa cinta kita
yang kian lama kian pudar...

Unknown said...

untuk apa kau kembali mengingkap segala kisah duka lalu
untuk apa kau kembali merenung kenangan yang x pernah bernilai buat mu dulu
patri lah ia buang lah ia jauh di lubuk hati mu
agar x mungkin kau gapai
x mungkin dapat kau buka semula
biarkan ia mati di situ

bahagia?
apakah maknanya bahagia itu

dahulu
waktu kau ku kenali
waktu kasih berbunga
ku tahu ertinya bahagia
senyuman di bibir terpancar sentiasa
namun setelah hati ini kau calari
hilang segala bhagia yang ku tempa
hilang semua sayang kau ku jumpa

mengapa baru kini
dapat kau menilai yang mana emas
yang mana kaca
mengapa baru kini
dapat kau hargai kenangan kita bersama
mengapa baru kini dapat kau bezakan
antara setia dengan dusta
mengapa baru kini

pergilah kau dari sisi
carilah pengganti yang lebih bererti
carilah insan yang lebih mengerti
carilah cinta yang hakiki

tinggalkan lah aku dengan kenangan ku
tinggalkan aku dengan sisa bahagia ku
tinggalkan aku dengan baki semangat ku
tinggalkan aku dengan deritaku

zam said...

entah mengapa ku masih perlukanmu
masih menagih cinta darimu
adakah hanya kerana kenangan lalu
atau kerana dirimu masih ku cintai?

ku tak tahu mengapa
yang ku tahu cuma satu
aku tidak dapat melupakanmu
walau sesaat tetap terkenangkanmu

kita masih ada kesempatan
mengulang kembali bahagia yang dulu
terimalah kembali daku di sisimu
kesilapan lalu pasti takkan berulang..

Unknown said...

jangan kau tanya ke mana sayang itu pergi
jangan kau tanya ke mana kasih itu menghilang
jangan kau tanya di mana cinta itu berada
semuanya x kan bisa kita ulangi
x kan bisa kita kecapi lagi

cukup lah setakat di sini sahaja cerita kita
cukup setakat di sini sahaja tipu helah mu
ku x mampu tuk bertahan
hanya melihatkan sandiwaramu
aku penat
aku lelah

izinkan aku pergi mencari kedamaian
izinkan aku pergi mencari ketenangan
lepaskan aku
biarlah aku tentukan arah hidup ku snediri
x ingin ku terus di kejar bayangan mu
jangan kau tagih lagi sayang dan cinta dari ku....