Kehendak Takdir (Part 2)

Sejak hari itu Sham semakin kerap menelefon Erin, termasuk menghantar SMS kepada Erin. Mereka menjadi bertambah akrab. Cuma Sham belum berani untuk mengajak Erin keluar. Mereka hanya bertemu semasa Erin menghantar pesanan tempahan-tempahan dari café itu. Sham merasakan yang dia sudah jatuh cinta pada Erin, cara layanan Erin juga menunjukkan yang Sham tidak bertepuk sebelah tangan. Kawan-kawan Sham juga perasan akan kemesraan mereka berdua.

Sham berhasrat ingin mencurahkan rasa hatinya kepada Erin. Dia sudah nekad kerana tidak mahu lagi tertanya-tanya. Dia pun sudah tidak sanggup lagi bermain-main dengan permainan perasaan ini. Tetapi dia tidak tahu bagaimana ingin menyatakan hasratnya kepada Erin. Ini adalah pengalaman pertama Sham jatuh cinta pada seorang gadis. Sebelum ini bukan tiada gadis yang berminat untuk menjalinkan hubungan cinta dengannya. Berbekalkan rupa paras yang boleh di katakan agak kacak, mustahil gadis tidak akan terpikat dengannya. Cuma ketika itu dia belum bersedia untuk bercinta.

Entah mengapa sejak terpandangkan Erin hatinya meronta-ronta untuk mendekati dan mengenali Erin dengan lebih rapat lagi. Dia tidak tahu apa yang membuatkannya tertarik pada Erin. Adakah ini yang di namakan cinta pandang pertama? Ahh..! Benak Sham terkumpul pelbagai persoalan yang tidak dapat di jawabnya.

Malam kian larut, Sham pula masih berkira-kira untuk menelefon Erin. Dia masih tidak mempunyai kekuatan untuk menyatakan hasratnya itu. Akhirnya Sham menelefon Erin juga dengan perasaan yang tidak menentu. Penuh berdebar-debar. Hanya dengan satu deringan Erin sudah pun menjawab panggilan Sham.

“Assalamualaikum Erin.”, Sham memulakan bicara.
“Wa’alaikumussalam Abg Sham”, Erin menjawabnya.

“Erin apa khabar, tak tidur lagi ke?

“Belum lagilah Abg Sham, Erin baru je nak SMS Abg Sham..tiba-tiba Abg Sham dah call”, jawab Erin lagi.

“Rindu Abg Sham ya”, balas Sham cuba bergurau untuk tenangkan hatinya yang tak keruan.

“Ishh…mana ada la…Abg Sham perasan la tu,” jawab Erin sambil terdengar ketawa kecilnya.

Hening seketika. Sham kehilangan kata. Dia tak tahu bagaimana hendak mulakan tentang hasratnya itu.

“Kenapa diam ni Abg Sham, Erin ada buat salah ke,” Erin bersuara setelah agak lama mereka terdiam.

“Erm..Erin, kalau Abg Sham Tanya Erin jawab dengan jujur ya”, pinta Sham.

“Kenapa cakap macam tu, selama ini Erin tak jujur ke dengan Abg Sham?,” jawab Erin dengan nada seolah merajuk.

“Bukan macam tu Erin…”

“Baiklah Abg Sham, tanyalah, InsyaALLAH Erin jawab dengan jujur,” dengan lembut Erin menjawabnya.

“Erm…sebenarnya Erin, Abg Sham dah lama jatuh hati pada Erin ni, sejak pertemuan pertama kita hari tu, cuma Abg Sham tak berani nak luahkan kat Erin..takut Erin menolaknya,” terang Sham lagi.

Kali ini giliran Erin pula kehilangan bicara. Terkedu Erin seketika. Bermacam perasaan menyelubungi dirinya. Seolah tidak percaya dengan apa yang di dengarnya tadi. Dia cuba menarik nafas panjang untuk mententeramkan perasaannya.

“Abg Sham…Erin perlukan sedikit masa untuk fikirkan perkara ni, esok Erin nak balik Perlis, nanti balik dari sana Erin beritahu keputusannya,” pinta Erin.

Sham terkejut mendengar permintaan Erin itu. Dia merasakan seolah-olah Erin telah menolak hasrat suci hatinya itu. Dia menyesal kerana terburu-buru menyuarakan hasratnya itu.

*Nak tahu kesudahannya? Adakah Erin akan menerima cinta Sham..ikuti kisah seterusnya, sila beri komen tentang cerita ini. Komen ada amat di perlukan. ;)

1 comments:

Anonymous said...

nih beberapa kesilapan yang ko selalu buat. sajer aku highlight :) -kopie-

1. Sejak hari itu Sham semakin kerap menelefon Erin, termasuk menghantar SMS kepada Erin. - selepas Erin tak yah koma.
2. Sham merasakan yang dia sudah jatuh cinta pada Erin, cara layanan Erin juga menunjukkan yang Sham tidak bertepuk sebelah tangan.- perkataan merasakan takde. ubah ayat lain; contoh: Sham tahu dia sudah jatuh hati pada Erin. Dan daripada riak wajah serta lenggok gadis itu, sham juga tahu dia tidak bertepuk sebelah tangan.
3. Sham berhasrat ingin mencurahkan rasa hatinya kepada Erin. - lebih baik guna perkataan meluahkan. con: Sham ingin @ mahu meluahkan perasaannya.
4. Dia pun sudah tidak sanggup lagi bermain-main dengan permainan perasaan ini.- tak perlu banyak pengulangan perkataan 'main'.
5. Adakah ini yang di namakan cinta pandang pertama? - dinamakan kena dekat
6.Ahh..! Benak Sham terkumpul pelbagai persoalan yang tidak dapat di jawabnya. - Ahh tak yah ada titik. con: Ahh!
7. Malam kian larut, Sham pula masih berkira-kira untuk menelefon Erin. - antara larut dengan sham kena letak titik dan bukan letak koma.
8. “Assalamualaikum Erin.”, Sham -lepas erin tak perlu ada titik.
9. “Erin apa khabar, tak tidur lagi ke? - selepas khabar kena tanda soal sebab itu ayat tanya.
10. “Belum lagilah Abg Sham, Erin baru je nak SMS Abg Sham..tiba-tiba Abg Sham dah call”, jawab Erin lagi. - antara sham ngan erin kena letak titik. selepas tanda titik tiga kali kena letak huruf besar.
11. “Kenapa cakap macam tu, selama ini Erin tak jujur ke dengan Abg Sham?,” jawab Erin dengan nada seolah merajuk.- antara itu ngan selama kena ada tanda soal sebab ayat yanya. selepas abang sham?" tak perlu ada koma lagi.
12. “Erm…sebenarnya Erin, Abg Sham dah lama jatuh hati pada Erin ni, sejak pertemuan pertama kita hari tu, cuma Abg Sham tak berani nak luahkan kat Erin..takut Erin menolaknya,” terang Sham lagi. - semua tanda koma tu kena letak kecuali koma terakhir.
13. Bermacam perasaan menyelubungi dirinya.- bermacam-macam ataupun pelbagai