Pencarian Aku

aku berdiri di sini
masih menanti...
langkah ku tersusun
namun tetap tersasar..

kadangkala aku terlupa
akan kata iman..
kdgkala aku terikut
akan kata hati..

kenapa hati masih sepi
w'pun kononnya sudah terisi?
kenapa hati masih ragu
w'pun kononnya meyakini?

aku mahu jadi aku
hati mahu di jaga..
cinta mahu di simpan
aku tetap aku
ingin mengasihi
dan juga di kasihi
aku adalah aku
ingin turut kata dan hasrat hati..

aku ingin menerokai
mencari dan mengenal cinta..
sehingga bertemu
satu titik akhir..

3 comments:

Anonymous said...

ko ni mmg ade bakat terendam la zam..
hehe...tiap puisi ade je maksud tersirat...

zam said...

takde yg tersirat..semua terzahir..hehe

Unknown said...

kadangkala kata hati x mendustai
kata hati mampu meyakini
setiap apa yang kita cari
dalam kehidupan ini
namun kau harus yakin dan percaya
akan kata hati mu

mengikut sahaja x bisa
kadangkala harus fikirkannya
renungkan, tenungkan
lalu kau timbangkan
apakah benar itu yang di cari selama ini
apakah benar ia mampu membantu

mencari diri x pernah kan sampai penghujungnya
semakin jauh menerokai diri
semakin jauh kita akan pergi
semakin dalam kan kita ketahui
dan kehendak hati semakin ingin
mengetahui, mendalami
lalu terus mencari
hingga kita sendiri x sedari
apakah yang ingin kita cari selama ini

akal dan hati harus seiring
agar x sesat sepanjang pencarian
agar x tersasar dari landasan
agar kita tahu apakah kesudahan
di setiap penjuru destinasi pencarian....