Kehendak Takdir (Part 3)

Malam sudah sampai kemuncaknya, Sham masih belum mampu melelapkan matanya. Fikirannya tidak tenteram. Resah dan gelisah seolah-olah baru sahaja putus cinta. Dia tidak menyangka Erin perlu mengambil sedikit masa untuk memikirkan perkara ini. Mungkin juga Erin belum bersedia untuk menerima cinta dari seseorang lelaki. Atau mungkin kerana dia bukanlah lelaki idaman Erin. Pelbagai persoalan muncul di benaknya.

Erin seperti juga Sham. Masih tidak dapat melelapkan matanya. Dia tidak menyangka Sham boleh terpikat dengannya. Dia tidak tahu apa yang membuatkan Sham boleh jatuh hati padanya. Adakah Sham cuba hendak mempermainkan perasaannya. Buntu. Erin tidak tahu jawapannya. Dia mengaku, juga mempunyai perasaan yang sama terhadap Sham. Cuma dia belum yakin akan perasaannya itu.

Malam kian larut, sudah menjangkau di awal dinihari. Kedua-dua mereka masih setia menikmati kesunyian malam. Esok Erin akan pulang ke kampungnya di Perlis. Pada awalnya dia merasakan terlalu gembira kerana dapat berjumpa dengan ahli keluarganya. Sekarang perasaan itu seolah-olah lari dari dirinya. Perasaan berkecamuk pula menghuni dirinya.

Tiba-tiba Erin terkenangkan seseorang di kampungnya di Perlis. Seseorang yang telah menjadi sahabat karibnya semenjak di sekolah menengah lagi. Azmi namanya. Bagaimanakah keadaannya sekarang. Ekrn sudah lama tidak menghubungi sahabatnya itu. Azmi juga pernah menaruh hati padanya. Dan dia tetap setia menunggu jawapan dari Erin. Tetapi di sudut hati Erin, tidak ada sedikit pun perasaan cinta terhadap Azmi. Pernah juga dia mencuba untuk mencari sesuatu yang boleh disandarkan untuk cuba mencintai Azmi. Tidak berhasil. Erin turut merasakan bahawa tidak mungkin ada cinta di antara mereka.

Bayangan kedua-dua lelaki itu silih berganti di kotak imajinasi Erin. Azmi, tidaklah tampan kalau hendak dibandingkan dengan Sham. Tetapi Erin cukup menyenanginya. Berada di sampingnya membuatkan Erin merasa tenang. Berbeza pula dengan Sham, seorang lelaki yang tampan, cukup pandai mengambil hati seorang perempuan. Setiap tutur katanya penuh bermakna. Mungkin sebab itu Erin mudah jatuh hati pada Sham. Dahulu Erin tidak pernah percaya pada cinta pandang pertama. Sekarang dia merasakan yang dia sudah terkena penangan cinta pandang pertama. Melepaskannya pergi umpama membiarkan perasaan cinta yang ulung kalinya ini terkubur begitu saja.

Erin memandang jam loceng di atas meje sisi katilnya. Waktu sudah menghampiri jam 2.30 pagi. Dia berhasrat untuk menghubungi Sham . Dia tidak mahu lagi berteka-teki dengan perasaannya. Mungkin ini yang terbaik di takdirkan untuk dia. Erin mendail nombor telefon bimbit Sham.

“Hallo Abg Sham, Erin ni, Erin tak boleh tidur la,” Erin memulakan bicara.

“Kenapa ni, dah lewat ni. Esokkan Erin nak jalan jauh, nanti penat,” jawab Sham.

“Sebenarnya Erin asyik fikirkan tentang perkara tadi Abg Sham…,” Erin bersuara menerangkan keadaannya.

“Erin ni, Abg Sham ni terlalu mendesak ke? Erin ambillah masa Erin, Abg Sham tak memaksa, apa jua jawapan Erin, Abg Sham boleh terima,” jawab Sham.

“Erin dah tak sanggup memikirkannya lagi Abg Sham, jawapannya tetap sama, puas Erin mencari sebab-sebabnya, kenapa Erin berperasaan macam ni,” balas Erin lagi.

“Abg Sham tak fahamla Erin, jawapan apa yang sama, perasaan apa tu, terangkan pada Abg Sham,” Sham masih tidak memahami maksud Erin itu.

“Sebanarnya, Erin pun ada perasaan pada Abg Sham, mungkin sebelum ini Erin tak sedar, setelah Abang Sham cakap tadi, baru Erin tahu tentang perasaan Erin pada Abang Sham,” jawab Erin panjang lebar.

Sham betul-betul gembira dengan apa yang di dengarinya tadi. Dia merasakan mahu menjerit. Mengkhabarkan pada sekalian alam bahawa dialah lelaki yang paling bertuah dan yang paling gembira di saat ini.

“Erin, betul ke apa yang Abang Sham dengar ni?,”Sham cuba mencari kepastian.

“Betul Abang Sham, nak Erin tarik balik ke kata-kata Erin tadi?,” jawab Erin berbaur ugutan.

“Jangan Erin, Abang Sham terlalu gembira sangat ni, bahagia sekali, bolehlah Abang Sham tidur lena malam ni,” Sham menjawab dengan nada yang seolah-olah menzahirkan perasaan gembiranya itu.

Sham begitu tidak menyangka secepat itu Erin membuat keputusan. Dia menjangkakan yang Erin tidak akan terima lamarannya itu. Perasaannya ketika itu cukup indah. Inilah detik-detik yang di tunggu selama ini. Perasaan cintanya pada Erin akhirnya bertaut dan dia akan menjaga tautan kasih antara mereka berdua.

* Bersambung lagi…

2 comments:

Anonymous said...

1.Malam sudah sampai kemuncaknya, Sham masih belum mampu melelapkan matanya. - selepas kemuncaknya kena ada titik.
2.Resah dan gelisah seolah-olah baru sahaja putus cinta.- saper rasa cam putus cinta? resah gelisah ker atau sham? ayat nih tak jelas.
2.Erin seperti juga Sham. Masih tidak dapat melelapkan matanya. - antara sham dengan masih letak koma bukan titik.
3.Adakah Sham cuba hendak mempermainkan perasaannya.- ayat tanya, jadi kena letak tanda soal.
4. Dia mengaku, juga mempunyai perasaan yang sama terhadap Sham. - selepas mengaku tak yah koma.
5. Pada awalnya dia merasakan terlalu gembira kerana dapat berjumpa dengan ahli keluarganya. - berasa bukan merasakan
6. Bagaimanakah keadaannya sekarang.- ayat tanya. kena letak tanda soal
7.Dan dia tetap setia menunggu jawapan dari Erin.- daripada bukan dari
8.Azmi, tidaklah tampan kalau hendak dibandingkan dengan Sham - selapas azmi tak yah koma
9.Mungkin ini yang terbaik di takdirkan untuk dia. - ditakdirkan rapat
10.“Hallo Abg Sham, Erin ni, Erin tak boleh tidur la,” Erin memulakan bicara. - gantikan semua koma dengan titol kecuali koma last sekali
11.“Kenapa ni, dah lewat ni. Esokkan Erin nak jalan jauh, nanti penat,” jawab Sham.- nih pun sama gak
12. “Sebenarnya Erin asyik fikirkan tentang perkara tadi Abg Sham…,” Erin bersuara menerangkan keadaannya.- selepas tiga titik tak yah koma.
13.semua dialog kat bawah2 tu pun salah gak tatabahasa.

setakat nih jer. time to go home. babaii... :) -kopie-

zam said...

Thanks kopie! nanti aku ubah semua..ko lmbtla bg komen..aku dah Part 7 dah..